Connect with us

Berita Lain

Bekas KPN Khalid Kini ‘Menganggur’, Letak Jawatan Pengerusi Prasarana

Tan Sri Khalid Abu Bakar – Foto: The Malaysian Insight

Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan beliau meletak jawatan
sebagai pengerusi syarikat pengangkutan awam negara Prasarana Malaysia Bhd.
Khalid memberitahu Sin Chew Daily telah menyerahkan surat
perletakan jawatan pada 17 Julai lalu dan dipetik akhbar berbahasa Cina itu
berkata sekarang beliau “menganggur.”
Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak melantik Khalid sebagai
pengerusi lembaga pengarah Prasarana pada 5 September tahun lalu, sehari
selepas beliau bersara daripada jawatan ketua polis negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Khalid menjadi individu paling terbaharu dalam senarai
panjang pemberhentian atau perletakan jawatan daripada agensi utama kerajaan
dan GLC sejak Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berulang kali
berjanji mahu memotong bonus dan gaji para pengarah GLC.
Dalam perkembangan berkaitan, The Edge Financial Daily
melaporkan Presiden Prasarana dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana
Masnizam Hisham juga mungkin akan meninggalkan syarikat itu juga.
Masnizam telah berkhidmat dengan Prasarana selama 12 tahun
dan pernah memegang beberapa jawatan utama.

Akhbar itu memetik sumbernya melaporkan perletakan jawatan
Masnizam “tidak dapat dielakkan” kerana Prasarana cuba mendapatkan
dana tambahan daripada kerajaan untuk pembinaan LRT3.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Pada 2015, pentadbiran Najib mendakwa LRT3 hanya memakan
belanja kerajaan sebanyak RM9 bilion.
Bagaimanapun, pentadbiran semasa mengatakan bahawa Prasarana
telah memaklumkan Putrajaya pada bulan Mac, ketika itu masih di bawah pentadbiran
Najib, bahawa kos sebenar bagi projek itu ialah RM31.45 bilion dan meminta
kerajaan menjamin terbitan semula bon sebanyak RM22 bilion.
Kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah
memutuskan bahawa Prasarana kini perlu mengurangkan kos projek itu kepada
RM16.63 bilion.

– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel