Connect with us

Berita Lain

PM Akan Awasi Lebih Dekat Khazanah, Petronas, PNB


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat akan
mengawasi lebih dekat syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Khazanah
Nasional, Petronas, dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Bagaimanapun, tidak jelas setakat mana pengawasan Mahathir
terhadap GLC berkenaan yang sebelum ini diletakkan di bawah Kementerian
Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).
Berdasarkan senarai yang dilihat Malaysiakini, GLC terbabit
akan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang bermaksud bahawa
menterinya boleh mengawasi firma-firma berkenaan.
Namun The Star melaporkan bahawa ketiga-tiga GLC itu akan
ditempatkan di bawah Pejabat Perdana Menteri, yang secara langsung berada di
bawah kawalan Mahathir.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Malaysiakini difahamkan rombakan ke atas kawalan GLC dan
agensi kerajaan terbabit belum lagi muktamad.
Apa yang jelas, Khazanah, Petronas dan PNB tidak mungkin
diletakkan di bawah pengawasan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali,
yang sepatutnya mengambil alih syarikat-syarikat MOF, seperti yang dijangkakan
sebelum ini.
Azmin, bagaimanapun kelihatan bersedia untuk mengawal agensi
yang sebelum ini berada di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu Unit Perancang
Ekonomi (EPU) dan Felda.
Mahathir pada awal bulan ini mengatakan Khazanah telah
menyimpang daripada objektifnya untuk memperkayakan bumiputera dengan
memperkayakan diri sendiri.

Beliau juga pernah menjadi penasihat Petronas sebelum
dipecat pada tahun 2016 apabila berlaku persaingan dengan bekas perdana menteri
Datuk Seri Najib Razak.
Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam manifesto pilihan rayanya
menegaskan bahawa perdana menteri tidak akan memegang portfolio lain, terutama
Kementerian Kewangan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ini bertujuan menghalang rasuah dan penyalahgunaan kuasa
yang didakwa HARAPAN berlaku ketika Najib memegang portfolio kewangan.
Dalam tempoh dua minggu lalu, persoalan juga timbul sama ada
portfolio Kementerian Kewangan akan dikurangkan selepas Mahathir menjawab
soalan bagi pihak kementerian itu di parlimen minggu lepas.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong juga mendakwa
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi kini lebih berkuasa daripada Kementerian
Kewangan.
Azmin dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagaimanapun
menafikan dakwaan itu.
Sementara itu, The Star melaporkan bahawa terdapat rancangan
untuk membubarkan MOF Inc.
Jika ini berlaku, ia mungkin mempunyai implikasi yang serius
kerana MOF Inc adalah pemegang saham utama dalam banyak syarikat.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel