Connect with us

Berita Lain

Salahuddin Ayub Kini Bergelar Datuk

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub
hari ini dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran
Datuk oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.
Turut menerima anugerah DSPN adalah Ketua Pegawai Operasi
B.Braun Pulau Pinang Dr. Juergen Friedhelm Peter Schloesser.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul
Rahman pula mendahului tiga penerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN)
yang juga membawa gelaran Datuk.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Darjah kebesaran DMPN dan DSPN itu dianugerahkan sempena
Ulang Tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang 14 Julai lepas.
Isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Majimor Shariff hadir
pada upacara itu yang diadakan di Seri Mutiara di sini.
Ketika ditemui selepas istiadat khas di kediaman Yang
Dipertua Negeri, Salahuddin yang diiringi isteri Fatimah Taha, melahirkan rasa
bangga dan terharu menerima pingat kebesaran itu.
“Sesuatu yang sangat besar maknanya dalam karier politik
saya sebagai orang Johor tetapi tiba-tiba mendapat penghargaan daripada Pulau
Pinang,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Salahuddin juga merupakan Anggota Parlimen Pulai berkata,
beliau akan berusaha memastikan kementerian yang diterajui dapat memberikan
yang terbaik kepada rakyat Malaysia khas penduduk Pulau Pinang.
Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan
isteri Tan Lean Kee, Timbalan Ketua Menteri II Prof P.Ramasamy dan barisan exco
kerajaan negeri.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang Salahuddin yang merupakan
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara turut dipilih sebagai Anggota Dewan
Undangan Negeri Simpang Jeram di Johor.
-Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel