Connect with us

Berita Lain

Suara Zawawi Dikongkong DAP – Lokman Noor

Foto: FMT

SHAH ALAM: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya
kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni
disifatkan tidak mampu membawa suara rakyat berkaitan isu sensitif seperti
kedudukan agama Islam dan institusi raja-raja Melayu secara signifikan, biar
pun mempunyai latar belakang agama.
Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam
mendakwa, isu-isu berkenaan jelas tidak selari dengan prinsip perjuangan
komponen PH, khususnya DAP, dan kedudukan agama Islam pasti sukar jika calon
yang turut didokong DAP itu menang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Adakah anda fikir dengan latar belakang agama­nya, dia
(Zawawi) akan dapat mela­kukan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip DAP dalam
isu-isu berkaitan kedudukan agama dan institusi Islam? Sudah tentu tidak.
“Jadi, sebab itu, rakyat Sungai Kandis perlu faham.
Benar, calon PH mempunyai latar belakang agama, namun beliau tidak boleh
menyuarakan pandangan beliau secara bebas, berdasarkan ilmu yang beliau ada.
Tidak boleh,” katanya kepada pemberita sewaktu berkem­pen di Kampung
Johari Setia, pada Khamis.
Menurut Lokman, rakyat perlu menilai sebaik-baiknya dan
memilih calon yang mampu bersuara bagi mewakili mereka selain berani mengkritik
sesiapa sahaja.
Malah, beliau menjelaskan, pada PRK ini, ia bukan soal untuk
menukar kerajaan negeri sebaliknya rakyat perlu memenangkan BN dalam memastikan
desakan berterusan terhadap kerajaan hari ini untuk menunaikan semua manifesto
yang dijanjikan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Saya boleh tegur sesiapa sahaja termasuk Tun Dr
Mahathir (Mohamad) atau Datuk Seri Dr Wan Azizah (Wan Ismail), tak ada
masalah,” katanya. 
– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel