Connect with us

Berita Lain

KWSP: Kutipan Tol Tidak Mampu Dihapus Dalam 100 Hari

Foto: FMT

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Cadangan untuk menghapuskan kutipan
tol tidak boleh dimuktamadkan dalam masa 100 hari seperti yang digariskan dalam
manifesto Pakatan Harapan (PH), demikian menurut ketua pegawai eksekutif
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Datuk Shahril Ridza Ridzuan.
Beliau berkata kerajaan mempunyai keutamaan lain dari segi
keperluan monetari yang perlu ditangani buat masa ini. Lagipun, katanya,
penghapusan tol melibatkan proses yang rumit dan pelbagai pihak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami telah memberikan beberapa cadangan dan idea (kepada
kerajaan) tetapi, sebarang penyusunan semula tol adalah satu mainan campur
tolak di mana seseorang perlu membuat pembayaran tidak kira sama ada ia
menyediakan atau tidak keseimbangan antara pengguna dan pemegang konsesi,”
katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap tama di Forum Ekonomi dan
Kepimpinan 2018, di sini, hari ini.
Shahril berkata penyusunan semula tol sangat rumit kerana
kepentingan semua pihak perlu diambil kira.
“Saya fikir kerajaan juga mahu berlaku adil kerana
penghapusan tol dan pampasan kepada pemegang konsesi akan memindahkan beban
kepada pembayar cukai, dan saya rasa (berlaku adil) adalah keutamaan kerajaan,”
jelasnya. 
KWSP memilliki 49 peratus pegangan dalam pengendali lebuh
raya bertol PLUS Malaysia Bhd, manakala unit Khazanah Nasional Bhd, UEM Group
Bhd memiliki ekuiti selebihnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Beliau  juga berkata
pelabur Malaysia perlu mempunyai keyakinan terhadap pasaran dan kerajaan,
menyedari hal ini, tidak mahu melakukan apa-apa yang boleh menjejaskannya.
Sementara itu, semasa sesi soal jawab, Shahril berkata
ekonomi Malaysia dijangka tidak menentu tahun ini sekurang-kurangnya sehingga
Oktober.
Sentimen pelabur asing kekal tidak memasuki pasaran kerana
mereka masih berhati-hati dengan keadaan semasa negara dari segi dasar ekonomi,
katanya.
“Bagi jangka masa pendek, akan ada banyak ketidaktentuan
kerana kerajaan masih belum menetapkan dasar pelaburan atau pemacu pasaran yang
mereka mahu laksanakan.
“Saya jangka keadaan ekonomi tidak menentu itu akan kekal
sehingga pembentangan belanjawan akan datang,” katanya. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel