Connect with us

Berita Lain

UMNO Perlu Berdiri Atas Nama Sendiri – Khairy

KLANG – UMNO dilihat perlu lebih kuat berdiri atas nama
sendiri daripada mengharapkan sokongan PAS untuk terus diterima masyarakat,
kata bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, walaupun wujud kemungkinan gabungan
kerjasama dengan parti Islam itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan
Negeri (DUN) Sungai Kandis, namun ia bukan bersifat jangka panjang.
“Untuk kali ini (PRK), tidak mengapalah sebab PAS tidak
bertanding tapi bergabung untuk masa depan, kita kena tengok dulu,” katanya
kepada pemberita selepas membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) Datuk
Lokman Noor Adam di Taman Setia, Johan Setia, di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Lokman Noor
pada Selasa lepas yang yakin mendapat kerjasama daripada PAS dan jentera
kedua-dua parti pembangkang itu akan mengadakan kempen bersama dalam masa
terdekat
Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata , pengundi
DUN Sungai Kandis harus bijak memilih wakil rakyat baharu kerana sekiranya BN
menang, suara pembangkang akan menjadi lebih kuat bagi memastikan kerajaan
negeri lebih berakauntabiliti.
“Seperti kita lihat, (komposisi) DUN Selangor sangat berat
sebelah kerana BN hanya ada empat kerusi saja (daripada keseluruhan 56 kerusi
DUN). Dalam Malaysia Baharu ini sekurang-kurangnya biar ada semak dan imbang.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lepas, Pakatan
Harapan menang besar apabila memenangi 51 daripada 56 kerusi DUN Selangor
dengan BN hanya empat kerusi dan PAS (1).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Ketika ditanya mengenai situasi politik di Sungai Kandis
hasil jelajahnya membantu kempen BN hari ini walaupun bertemu dengan penyokong
PKR, Khairy mengakui wujudnya kematangan politik di kawasan itu dan ia
bertepatan dengan konsep Malaysia Baharu yang tidak mengamalkan serangan
politik peribadi, ganas mahupun samseng.
PRK DUN Sungai Kandis yang merupakan PRK pertama selepas PRU14,
diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser
limfoma pada 2 Julai lalu.
Dalam PRK pada 4 Ogos ini, Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad
Mughni akan ditentang oleh Lokman Noor dan calon Bebas, K. Murthy. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel