Connect with us

Berita Lain

Gempa Bumi Di Indonesia: Seorang Rakyat Malaysia Terkorban


JAKARTA – Seorang rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam
kejadian gempa bumi kuat yang berlaku di Nusa Tenggara Barat dan Lombok pagi
ini.
Menurut laporan media Indonesia, rakyat Malaysia yang
terkorban itu hanya dikenali sebagai Siti Nur Ismawida, 30 tahun. Jenazah
mangsa kini dilaporkan ditempatkan di Klinik Sembalun, Lombok.
Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zamshari Shaharan
berkata, pihak kedutaan sedang mendapatkan maklumat lengkap berhubung kejadian
itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Identiti lengkap mangsa masih belum diperoleh setakat ini,
katanya kepada Bernama.
Menurut Zamshari terdapat 150 pelajar Malaysia di Lombok dan
mereka dilaporkan selamat.
Menurut media Indonesia, setakat ini 10 mangsa dilaporkan
terkorban dalam kejadian gempa itu, manakala puluhan rumah dan bangunan
dilaporkan rosak.
Gempa bumi kuat berukuran 6.4 Skala Richter menggoncang
wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok jam 5.47 pagi tadi menyebabkan penduduk
kawasan itu dilaporkan bertempiaran meninggal kediaman dan bangunan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurut kenyataan Badan Meteorologi, Klimatologi dan
Geofisika Indonesia (BMKG) gempa tersebut terjadi pada 5.47 pagi dan berpusat
28 kilometer (KM) Barat Laut Lombok Timur dengan kedalaman gempa sekitar 10 km.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Menurut laporan BMKG, berlaku 31 gegaran susulan selepas
gempa pertama itu sehingga jam 7.39 pagi ini. Gegaran susulan gempa itu di
bawah 5 Skala Richter. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel