Connect with us

Berita Lain

Kematian pendaki Malaysia di Gunung Rinjani merupakan kehilangan yang besar


KUALA LUMPUR – Kematian seorang wanita rakyat Malaysia, Siti
Nur Iesmawida Ismail, 30, dalam kejadian gempa bumi berukuran 6.4 pada skala
Richter di Pulau Lombok hari ini disifatkan sebagai satu kehilangan yang amat
besar.
Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohammad Rizan
Hassan, Siti Nur Iesmawida adalah salah seorang kakitangan di Miraj Academy,
Ampang serta merupakan Sukarelawan Belia Berkemahiran di MBM, lapor Kosmo.
“Beliau merupakan seorang pejuang yang mempunyai hati yang
ikhlas dalam membantu memberikan peluang kedua kepada golongan muda yang
tercicir dalam bidang akademik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Siti Nur Iesmawida merupakan seorang kakitangan yang
berdedikasi dan kehilangan beliau adalah sesuatu yang akan ditangisi serta
diratapi terutamanya oleh mereka yang telah dibantunya,” katanya ketika
dihubungi hari ini.
Terdahulu, negara digemparkan dengan berita kematian seorang
wanita rakyat Malaysia dalam kejadian gempa bumi yang berlaku di Gunung Rinjani
dekat Lombok, Indonesia.
Menurut Mohammad Rizan, beliau difahamkan, sewaktu kejadian,
Siti Nur Iesmawida bersama 17 lagi pendaki dari Malaysia berada di dalam sebuah
inap desa di kaki Gunung Rinjani setelah menyempurnakan pendakian di gunung
yang menjadi tumpuan pendaki dari seluruh dunia itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Bagaimanapun, sewaktu Siti Nur Iesmawida sedang menggunakan
tandas, telah berlaku satu gegaran berukuran 6.3 pada skala Richter yang
mengakibatkan dia ditimpa runtuhan bangunan.
“Terdapat beberapa orang lagi pendaki rakyat Malaysia yang
cedera namun bilangannya belum dapat dipastikan dan kami masih menantikan
maklumat terbaharu daripada pihak kedutaan,” jelas beliau.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel