Connect with us

Berita Lain

Najib, Zahid Kini Mahu Bercakap Seperti ‘Malaikat’ – Khairuddin

Seorang pemimpin PPBM hari ini menggesa bekas perdana
menteri Datuk Seri Najib Razak dan presiden Umno yang baru, Datuk Seri Zahid
Hamidi supaya menutup mulut dan tidak mencampuri perancangan penambahbaikkan
sistem pentadbiran ekonomi negara yang dijalankan oleh kerajaan Pakatan Harapan
(PH).
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Najib dan Zahid
harus mencermin muka sendiri terlebih dahulu dan menyedari siapa diri mereka
sebenar sebelum mempersoalkan langkah kerajaan sekarang merombak tampuk
pentadbiran beberapa agensi kerajaan.
“Jati diri Zahid dan Najib tidak elok pun dan dulu ketika
mereka memerintah negara pelbagai khazanah negara serta duit rakyat dirompak
oleh puak kleptokrasi ini,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada FMT hari
ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bekas calon PH bagi Parlimen Jasin itu berkata, kedua-dua
pemimpin Umno itu sekarang bercakap seolah-olah “malaikat’ tetapi rakyat tidak
akan tertipu kerana mengenali siapa mereka sebenar.
Selain itu katanya, mereka tidak harus menganggap hanya
pentadbir di bawah kerajaan lepas sahaja yang layak memegang tampuk pentadbiran
kerana PH mempunyai calon yang lebih baik dan berkelayakan.
“Kita mempunyai ramai muka baru yang mempunyai kepakaran
tinggi untuk mentadbir agensi kerajaan, malah calon yang sedang disusun atur
kerajaan PH adalah bersih, cekap dan amanah,” katanya.
Kharuddin jelas memberi respons kepada kenyataan Najib
sebelum ini yang mempersoalkan langkah Perdana Menteri Tun Dr Mahahthir mahu
membuat rombakan menyeluruh terhadap kepimpinan syarikat pelaburan kerajaan, Khazanah
Nasional atas dakwaan ia telah lari daripada objektif asal penubuhannya.
Menafikan dakwaan itu, Najib dilaporkan berkata, tiada satu
pun struktur pentadbiran Khazanah dibuat berdasarkan politik, sebaliknya ia
dipimpin oleh tokoh profesional yang berpengalaman dan mempunyi rekod
pencapaian terbaik.
Najib berkata, sewaktu mengambil alih Khazanah, aset
syarikat itu hanya berjumlah RM33 bilion, tetapi melonjak kepada RM134 bilion
ketika beliau meninggalkan kerajaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Selain itu, presiden Umno yang juga bekas timbalan perdana
menteri, Zahid menentang keras sebarang usaha kerajaan merombak Majlis Amanah
Rakyat atau Mara melalui penyerapan dan pengasingan ke bawah beberapa
kementerian, sebaliknya mahu badan itu dikekalkan sebagai agensi amanah
Bumiputera di bawah satu kementerian.
Beliau berkata, Umno menjangka langkah itu sebenarnya
bertujuan menutup Mara yang telah banyak berjasa kepada pembangunan orang
Melayu dan bumiputera.
Khairuddin berkata, rakyat tidak perlu curiga terhadap niat
murni kerajaan PH merombak agensi terbabit bagi menjunjung amanah rakyat secara
telus dan dengan cara terbaik.
Beliau berkata, Najib dan Zahid sudah tidak relevan dan
tidak harus bersikap seperti ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan lurus.
“Personaliti ini amat jijik dan terlalu korup pada satu masa
dulu,” katanya.

– Free Malaysia Today

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel