Connect with us

Berita Lain

Tak Perlu Idah Lagi Untuk Sertai BERSATU – Mukhriz

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengumumkan tiada
lagi sekatan kepada mana-mana ahli daripada parti lain untuk menyertai mereka.
Timbalan presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata,
sesiapa sahaja kini boleh mengisi borang keahlian BERSATU dan tidak perlu
menunggu lama untuk disahkan sebagai ahli.
“Sekarang kita tak payah idah lagi, siapa nak masuk kita
alu-alukan, kita buka seluas-luasnya. Tak perlu lagi menunggu sehingga dua tiga
bulan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini kerana kita sedar matlamat kita sama, perjuangan
kita sama,” katanya ketika berucap di Program Hijrah 2.0 di Machang,
Kelantan, hari ini.
Hadir sama Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Kamaruddin Md
Noor dan Timbalan Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Sazmi Miah.
Pada program tersebut seorang bekas anggota dewan undangan
negeri (ADUN) Bukit Tuku, Datuk Mohd Zain Ismail dan lebih 500 bekas pemimpin
akar umbi di Kelantan mengumumkan keluar Umno dengan menyerahkan deklarasi
Hijrah 2.0 kepada Mukhriz.
Sementara itu Mukhriz yang juga menteri besar Kedah berkata,
pihaknya menjangkakan lebih ramai ahli Umno akan menyertai BERSATU.
Menurutnya, ia berikutan ahli Umno kini sudah hilang
keyakinan terhadap parti berkenaan terutama selepas kekalahan BN pada pilihan
raya umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
“Pada masa yang sama saya tengok Umno kini terdesak dan
melakukan pelbagai perkara bagi menghalang ahli mereka berhijrah menyertai
parti lain walhal mereka tidak lagi berkuasa di peringkat negeri ataupun
persekutuan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Mukhriz juga berkata masih ramai ahli Umno yang ikhlas
berjuang untuk agama, bangsa dan negara, namun mereka dimomokkan bahawa pebagai
pendedahan mengenai penyelewengan BN merupakan fitnah dan tohmahan semata-mata.
“Jadi mereka tak tergerak untuk buat keputusan awal
tetapi lepas itu baru mereka sedar terutama selepas ini akan ada pendedahan di
mahmamah mengenai penyelewengan yang dilakukan (bekas Presiden UMNO) Datuk Seri
Najib Tun Razak,” katanya.
Ditanya kemungkinan BERSATU akan menjadi Umno 2.0 berikutan
penghijrahan ramai ahli Umno ke dalam parti itu, Mukhriz berkata pihaknya tetap
akan mengadakan tapisan terhadap mereka yang berhasrat menyertai parti itu.
“Adalah tokoh-tokoh tertentu seperti Pekan (Najib) dan
kroni-kroninya yang kita rasa tak sesuai kita akan tolak permohonan
mereka,” jelasnya.

– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel