Connect with us

Berita Lain

Kecoh Di Mahkamah… Ellie Suriaty Hargai Jasa Najib, Terpulanglah Apa Orang Nak Kata


PETALING JAYA: Pelakon Ellie Suriaty menegaskan dia juga
seperti rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk memilih parti politik selain
bebas menyokong mana-mana pemimpin.
Ellie, 48, berkata dia tidak kisah dengan tanggapan netizen
mengenai sokongannya terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
yang kini berhadapan dengan tuduhan salah guna kuasa dan pecah amanah.
“Kita berada dalam negara demokrasi. Saya berhak untuk
memilih parti politik dan berhak untuk menyuarakan pandangan.
“Kalau netizen nak cakap negatif, itu pandangan mereka.
Terpulang kepada mereka dan saya tak boleh nak kata apa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya anak seni dan kerjaya saya tak terikat dengan
kerajaan. Malah, saya juga terima diri sebagai pembangkang,” kata Ellie
ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Ellie yang hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta dekat sini
sebagai tanda sokongan terhada Najib diberi amaran oleh pihak polis selepas
mencetuskan provokasi bersama penyokong lain sehingga menyebabkan keadaan di
mahkamah bertukar kecoh.


Kata Ellie, kehadirannya itu kerana menghargai kepimpinan
bekas perdana menteri berkenaan terhadap negara selama ini.
“Saya datang untuk beri sokongan moral kepada perdana
menteri keenam yang pernah mentadbir negara.
“Supaya beliau tahu yang masih ada ramai lagi rakyat
Malaysia menghargai kepimpinan dia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ellie menganggap penahanan Najib pada Selasa
adalah tidak beretika dan berharap bekas pemimpin itu akan dibicarakan secara
adil.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Bagi saya, cara penahanan itu tidak beretika dan tidak
berhormat. Beliau pernah menjadi pemimpin yang mentadbir negara.
“Tak adil untuk dilayan sebegitu. Malah, dituduh dan
difitnah dengan perkara yang dah terang-terangan salah. Saya berharap beliau
akan dibicara secara adil,” katanya.
Sebelum itu, Ellie bersama hampir 50 orang penyokong Najib
setia menunggu di luar mahkamah menantikan proses pendakwaan dijalankan.
Isteri kepada pelakon Azri Iskandar ini antara selebriti
yang menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Najib.



– mStar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel