Connect with us

Berita Lain

Mat Sabu: Tiada lagi amalan beri pangkat tentera untuk ahli politik

Mohamad Sabu – Foto: TMI

Kementerian Pertahanan tidak akan meneruskan amalan memberi
pangkat tentera kepada ahli politik, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.
Beliau berkata, ini bagi menghalang ahli politik
menyalahgunakan pangkat tersebut untuk masuk ke kem tentera dan membuat kempen
politik terutama ketika pilihan raya umum.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Orang politik dianugerahkan pangkat tanpa melalui
latihan tentera menimbulkan rasa tidak senang hati (di kalangan tentera). Oleh
itu kita hentikan penganugerahan pangkat kepada mereka.
“Kita tidak mahu parti politik mendominasi Angkatan
Tentera Malaysia (ATM). Mereka (tentera) boleh pilih mana-mana parti, tapi
jangan doktrin mereka untuk pilih parti (tertentu),” katanya ketika ucapan
penggulungan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini seperti dilapor Malaysiakini.
Sebaik saja dilantik mengetuai kementerian itu, penghentian
amalan ini merupakan perkara utama yang dinyatakan presiden AMANAH itu.
Mohamad berkata lagi, kerajaan baru tidak boleh meneruskan
amalan pentadbiran lalu yang dilihat tidak betul.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Jika kita anugerahkan (pangkat tentera) kepada
pemimpin HARAPAN, mereka guna pangkat itu untuk masuk kem dan berkempen…pihak
lain yang lakukan kesilapan, jangan kita ulang kesilapan itu,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel