Connect with us

Berita Lain

PM: ‘SST Kurang Bebankan Rakyat’

Foto: Kosmo

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,
berkata Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kurang membebankan rakyat
berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan kerajaan
terdahulu.
Katanya, dari segi jumlah kutipan, SST hanya memungut RM20
hingga RM25 bilion berbanding RM42 bilion pungutan GST.
“Bermakna, rakyat diselamatkan sebanyak RM20 bilion
kerana kita amalkan SST,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan
mesyuarat kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di
sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mahathir turut menyangkal dakwaan kononnya SST akan
menaikkan harga barang kerana banyak barangan tidak dikenakan cukai berkenaan.
Tegasnya, banyak barangan yang dahulunya dikenakan GST tidak
dikenakan SST, sekali gus rakyat menanggung beban yang lebih ringan daripada
pengenaan SST.
Mahathir berkata, GST digunakan untuk mengaut kekayaan,
namun rakyat terpaksa membayar cukai terhadap barangan keperluan harian mereka.
“Tidak ada asas yang mengatakan SST akan menaikkan
harga (barang) kerana bukan jumlah SST itu sebanyak 16 peratus atau pun 10
peratus, ada barang tertentu yang tidak dikenakan SST sama sekali dan ada yang
dikenakan hanya lima peratus ataupun 10 peratus bergantung kepada item yang
terbabit,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, sebelum ini mengumumkan
bahawa dibawah pengenalan semula SST, peruntukan untuk perkhidmatan akan
dikenakan cukai enam peratus manakala cukai jualan pada kadar 10 peratus – sama
seperti dilaksanakan sebelum GST dimulakan pada 1 April 2015.
Mengenai terdapat badan profesional yang kecewa kerana tidak
diberi ruang oleh kerajaan untuk terbabit 
dalam perbincangan mengenai rang undang-undang draf SST, Mahathir
berkata, mereka boleh menemui Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) bagi memberikan
sebarang cadangan.
Bagaimanapun, Perdana Menteri  berkata, CEP sudah mengadakan banyak
pertemuan dengan pihak berkepentingan (stake holders) dalam membuat sebarang
keputusan. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel