Connect with us

Berita Lain

Ratu Naga Akhirnya Bebas Dari Tuduhan Hina Najib

Pendakwa menarik balik tuduhan ke atas seorang anggota PKR,
Syarul Ema Rena Abu Samah, yang didakwa menghina Datuk Seri Najib Razak.
Peguam Syarul Ema, Latheefa Koya, berkata pihak pendakwa
memaklumkan kepada mahkamah bahawa Peguam Negara Tommy Thomas menerima hujah
peguam bela sebelum ini.
Justeru katanya pihak pendakwa memutuskan tuduhan ke atas
Syarul Ema – yang lebih dikenali dengan nama gelaran Ratu Naga – dibatalkan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sesuai dengan itu Mahkamah Sesyen Sepang membebaskan Syarul
Ema.
Wanita itu didakwa kali pertama pada Feb 2016 mengikut
Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung komen dimuat naik
di Facebook.
Ia berkait dengan Najib dan Perjanjian Perkongsian
Transpasifik (TPPA).
Sebelum ini Syarul Ema memohon agar kes berkenaan dibawa ke
Mahkamah Persekutuan bagi membolehkan kesahihan seksyen tersebut dinilai sama
ada selaras dengan perlembagaan atau tidak.
Bagaimanapun mahkamah tinggi menolak permohonan tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Kes berkenaan dibicarakan di peringkat rayuan di Mahkamah
Rayuan.
Kata Latheefa disebabkan tuduhan ke atas Syarul Ema ditarik
balik, kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Rayuan itu tergugur.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo sudah
menyatakan Putrajaya akan mengkaji semula seksyen 233 akta berkenaan.

– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel