Connect with us

Berita Lain

BN dakwa rakyat protes PH punca peratusan mengundi rendah


KLANG – Barisan Nasional (BN) mendakwa peratusan jumlah
keluar mengundi rendah memperlihatkan sikap protes rakyat terhadap Kerajaan
Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)
Sungai Kandis, semalam.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini
berikutan kegagalan PH dalam menunaikan janji mereka sepanjang memerintah
negara.
Bagaimanapun, katanya, sokongan pengundi terhadap BN
didapati berada paras memberangsangkan dengan memperoleh lebih 9,000 undi, lapor Kosmo Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya menjangkakan kita kalah teruk namun perolehan
undi itu membuktikan kita mendapat 75 peratus daripada lebih 11,000 yang
diperoleh semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.
“Keputusan tersebut lebih baik daripada PH yang saya
jangka mendapat 18,000 undi namun hanya memperoleh lebih 15,000 undi sahaja.
Justeru, perkara ini perlu dilihat, dikaji dan teliti (kerana undi PH merosot),”
katanya ketika ditemui di Pusat Gerakan BN di Kampung Sungai Kandis sebentar
tadi.
Beliau yang merupakan Timbalan Presiden UMNO memberitahu,
berdasarkan keputusan PRK juga mendapati pola pemikiran pengundi kini semakin
sukar dijangka dan dikategorikan oleh parti yang bertanding.
“Jika dahulu, deposit BN adalah pada saluran 1 hingga 3
melibatkan golongan orang tua namun kini telah berubah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ini susulan ada yang saluran berkenaan BN kalah dan
menang di saluran orang muda dalam beberapa Pusat Daerah Mengundi,”
katanya.
Sementara itu, calon BN, Datuk Lokman Noor Adam pula
menegaskan rasa fobia dalam kalangan pengundi sama ada muda dan tua terhadap
corak pelaksanaan PH memberikan kesan terhadap peratusan keluar mengundi.
“Lihat contohnya ada akaun (bank) dibekukan sesuka hati
dan banyak pemimpin syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diminta untuk meletak
jawatan.
“Tindakan sebegitu mengakibatkan pengundi takut
sekiranya mereka mengambil bahagian dalam PRK (keluar mengundi) memberikan
kesan seperti bantuan kepada anak-anak dan kebajikan mereka. Ini amat berbahaya
pada amalan sistem demokrasi,” jelasnya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel