Connect with us

Berita Lain

Pelawak Hazmeer Perlu RM18,000 Rawat Jantung Anak

PELAWAK Hazmeer Hassan berhadapan ujian besar apabila cahaya
mata pertamanya berdepan masalah jantung sejak dilahirkan dua bulan lalu.
Ahli kumpulan XOXO ini berkata, bayi lelaki yang dilahirkan
pada 16 Jun lalu itu mempunyai masalah injap jantung terbalik yang menyebabkan
kekurangan darah memasuki paru-paru.
“Penyakit itu dikesan selepas setenggah jam dia dilahirkan
dan doktor memanggil saya untuk menjelaskan keadaan kesihatannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sejak dia dilahirkan saya belum sempat mendukungnya dan
hanya mampu melihat daripada inkubator sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.



Advertisement

Fad Bocey, Ajak dan Shahrol Shiro antara rakan artis yang
tampil merayu bantuan untuk Hazmeer.


Hazmeer berkahwin dengan Siti Zafirul Azzah pada Ogos tahun
lalu.
Bayi yang diberi nama Muhammad Sher Harraz itu kini dirawat
di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) di Hospital Melaka.
Sementara itu, dia yang bekerja sebagai penyampai sambilan
di Melaka FM sudah mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
“Sudah dua kali ke IJN bagi pemeriksaan dan pada fasa
pertama doktor beritahu akan buat pembedahan bagi menambah saluran darah ke
paru-paru.
“Kos kasar mencecah RM18,000 dan saya akui pendapatan
sebagai freelance agak membebankan untuk kami menanggung kos besar itu,”
ujarnya.



Kumpulan XOXO dianggotai oleh Wan (kiri), Wan Gegau (tengah)
dan Hazmeer.


Hazmeer berterima kasih kepada rakan-rakan selebriti yang
memberi sokongan dan bantuan kepada dia dan keluarga.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Katanya, bantuan yang dipohon itu adalah bagi meringgankan
beban untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu semata-mata dan tiada niat
untuk mengambil kesempatan.
“Alhamdulillah, ada pihak yang membuat kutipan dan mohon
bantuan untuk kos rawatan anak saya. Saya berterima kasih kepada yang ingin
membantu,” ujarnya.
Berita tentang penyakit dan bantuan kos rawatan itu menjadi
tular dan dimuat naik oleh beberapa selebriti terkenal tanah air. – mStar
Online


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel