Connect with us

Berita Lain

Ahmad Maslan berkobar-kobar pertahan GST sebelum mansuh

Datuk Seri Ahmad Maslan mengakui beliau menjadi bahan
cercaan kerana berkobar-kobar mempertahankan Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST) ketika ia dimulakan pada 2015.
Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 (SST) bersama beberapa
RUU bermaksud akan menggantikan GST.
“Segalanya salah GST, segalanya salah Ahmad Maslan pada
ketika itu.
“Ada orang panggil saya, (MP) Bagan Datuk gelar saya
Mat GST. Tak apa lah. Apa saya ingin jelaskan di sini harga barang ini bukan
hanya disebabkan oleh GST…” Kata Ahmad Maslan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) yang juga
Presiden Umni tidak berada di dalam Dewan Rakyat pada ketika itu.
Ahmad yang juga timbalan menteri kewangan sewaktu GST
dilaksanakan berkata beliau mahu menyatakan duduk perkara yang sebenarnya
mengenai pembelaan beliau terhadap GST, terutamanya mengenai komen beliau cukai
itu akan mengurangkan harga barangan.
“Saya ingin membela diri saya, kerana disebut bahawa –
saya sendiri menyebut bahawa GST boleh menurunkan harga barang. Saya tidak
sebut GST menurunkan semua harga barang.
“Saya sebut GST boleh menurunkan harga barang. Itulah
patah-patah perkataan yang saya sebut,” jelas beliau.
Ahmad Maslan menambah kementerian perdagangan dalam negeri,
koperasi dan kepenggunaan pada tahun lalu mengesahkan kepada Dewan Rakyat harga
203 barang turun.
Selanjutnya, Ahmad mendakwa pelaksanaan GST membantu
perniagaan menjalankan jualan, seterusnya mengurangkan harga barangan.
“Satu lagi berlakunya jualan murah di pelbagai tempat.
Ini dipanggil sebagai kesan psikologi terhadap GST.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Apabila rakyat berpandangan bahawa GST boleh menaikkan
harga barang, mereka berhenti membeli barang. Apabila mereka berhenti membeli
barang, demand (permintaan) turun, apabila demand turun, untuk hidup dalam
peniagaan runcit terutamanya, mereka mengeluarkan jualan jualan murah.
“Jualan murah 10 peratus. apa maksud jualan murah 10
peratus? (Maknanya) harga diturunkan 10 peratus. Ada jualan murah sehingga 80
peratus. Apa maksudnya, harga barang turun 80 peratus?
“Itu maksud jualan murah. Dan masa GST banyak berlaku
jualan murah ini,” katanya.
Ahmad turut mendakwa harga kereta juga turun susulan
pelaksanaan GST.
Ahmad bersungguh-sungguh mempertahankan GST, berkata sistem
percukaian itu patut diperbaiki dan bukan dimansuhkan.
Beliau mencadangkan kadar GST diturunkan kepada tiga peratus
daripada kadar asal sebanyak enam peratus.
GST telah diberikan kadar sifar peratus sejak Jun dengan
matlamat memansuhkannya. Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dijangka
menggantikan GST berkuat kuasa pada September jika dipersetujui Parlimen. 
– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel