Connect with us

Berita Lain

Menteri: Kerajaan BN ‘rompak’ kutipan GST


Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendakwa bayaran balik GST
tertangguh sehingga dua tahun kerana pentadbiran BN dulu
“merompaknya”.
“Apa yang sepatutnya dibayar dalam masa dua minggu
tidak dibayar selama dua tahun, kerana wang yang dibayar sebagai pendahuluan
tidak diletakkan dalam akaun dana yang disatukan dan dianggap sebagai hasil
oleh kerajaan BN. Ia dianggap sebagai hasil dan digunakan oleh kerajaan dulu.
“Saya ingin beritahu, ia tidak merompak GST, tetapi
merompak bayaran balik GST,” katanya ketika penggulungan perbahasan Rang
Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini perompakan serius, yang mana wang yang patut ada
dalam akaun amanah tidak ada dalam akaun amanah.
“Bagaimana kerajaan sekarang boleh bayar (kepada pihak
yang menuntut cukai input) kalau wang tak ada (dalam akaun)?” soalnya.
Awal bulan lalu, Lim berkata penangguhan bayaran balik GST
memberi kesan kepada aliran tunai banyak perniagaan, menyebabkan mereka tiada
pilihan selain menaikkan harga.
‘Di mana bukti?’
Sebelum itu Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) menegaskan
kerajaan HARAPAN dapat mencapai matlamatnya dengan menambah baik sistem GST,
bukan menggantikannya dengan SST.

Lim kemudian bertanya Khairy sama ada beliau tahu punca di
sebalik penangguhan bayaran balik GST. Khairy berkata ia kerana pertikaian
kastam.
“Adakah itu sebab yang diberitahu kepada anda? Saya
terkejut dengan alasan Rembau, jika anda tidak faham mengapa bayaran balik GST
tidak dibuat,” kata Lim.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Khairy kemudian menggesa Lim mengemukakan bukti terhadap
dakwaan “rompakan” itu.
Lim berkata beliau akan menunjukkannya ketika membentang
usul memansuh GST esok.
Selepas bacaan kedua RUU Cukai Jualan 2018 diluluskan, Datuk
Ronald Kiandee (BN-Beluran) membangkitkan usul untuk membawa RUU itu ke
jawatankuasa terpilih.
Usul itu ditolak selepas undian belah bahagi dibuat, dengan
111 undi membantah dan 51 undi menyokong, manakala empat berkecuali.
Susulan itu, bacaan ketiga RUU diluluskan tanpa bahas dan
akan dibawa ke Dewan Negara.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel