Connect with us

Berita Lain

PM ucap terima kasih kepada Jokowi bantu pulangkan Equaminity


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan terima
kasih kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo kerana membantu untuk menyerahkan
kapal layar mewah Equaminity milik ahli perniagaan, Low Teak Jho atau Jho Low.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Dr.
Mahathir telah membuat panggilan telefon petang tadi kepada Presiden Indonesia
yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu selepas kapal yang berharga RM1 bilion
itu tiba dengan selamat di Pelabuhan Klang, Selangor pada pukul 1 petang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut laporan Kosmo Online, pada Februari lalu, kapal berkenaan dirampas dan disita
pihak berkuasa Indonesia atas permintaan Jabatan Keadilan (DoJ), Amerika
Syarikat bagi membantu siasatan berhubung skandal penyelewengan oleh 1MDB.
Bagaimanapun pada April lalu Mahkamah Indonesia memutuskan
tindakan menyita kapal berkenaan adalah salah dan harus diserahkan pada pemilik
asalnya Jho Low namun kapal itu sekali lagi disita pada awal Julai lalu atas
permintaan secara rasmi daripada kerajaan Amerika Syarikat.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengucapkan takziah
kepada Jokowi dan rakyat Indonesia yang menjadi mangsa dalam kejadian gempa
bumi di Lombok sehingga membunuh hampir 100 orang serta ratusan lagi cedera.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dr. Mahathir turut menawarkan bantuan Malaysia sekiranya
perlu kepada Presiden.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel