Connect with us

Berita Lain

‘Kita londeh Iksim, takkan dia nak kata saya betul’

Foto: Bernama

Datuk Mujahid Yusof Rawa menafikan beliau memfitnah Institut
Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) susulan dakwaan peruntukan RM7.6 juta
kepada badan itu tidak dapat dikesan perbelanjaannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu berkata, beliau
tidak akan memberitahu sesuatu jika tidak mempunyai bukti, lapor Malaysiakini hari ini.
“Pastinya bila kita londeh seluar dia, takkan dia nak
kata betul saya yang buat,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mujahid diminta mengulas kenyataan Iksim yang yang menafikan
dakwaannya serta mempertikaikan audit dalaman Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP).
Sementara itu, Mujahid juga menyerahkan kepada pihak berkuasa
untuk menyelesaikan isu itu.
“Biar pihak berkuasa yang lakukan siasatan, mereka ada
jalan yang baik untuk buat selesaikan masalah ini.
“Tetapi saya bertanggungjawab atas apa yang saya
katakan,” katanya lagi.
Iksim ditubuhkan hasil kesepakatan Majlis Kebangsaan Hal
Ehwal Islam (MKI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), MAIWP dan Majlis
agama Islam negeri-negeri, serta perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Penubuhan IKSIM, yang diperbadankan secara rasmi pada 9
Disember 2014, adalah cetusan idea bekas perdana menteri Datuk Seri Najib
Razak.
Ia ditubuhkan untuk menjadi institut pemikiran yang bebas
khususnya untuk memelihara kedaulatan raja-raja Melayu serta kedaulatan Islam
sebagai agama persekutuan.
Menurut Mujahid, MAIWP antara pihak yang membiayai institut
itu.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel