Connect with us

Berita Lain

Menteri: Dewan Rakyat lulus, akhirnya GST mati

 Lim Guan Eng – Foto: Malay Mail

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Persidangan Dewan Rakyat hari ini
meluluskan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan
tiga tahun lepas.
Rang Undang-undang (RUU) Cukai Barang dan Perkhidmatan
(Pemansuhan) 2018 itu diluluskan menerusi undian suara selepas dibacakan buat
kali ketiga oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di peringkat jawatankuasa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Lim ketika membacakan RUU kali ketiga secara berseloroh
berkata: “Akhirnya GST sudah mati.”
Terdahulu, ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan, Lim
berkata Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bakal diperkenalkan semula
pada September ini adalah lebih mudah dan membantu mengurangkan kos sara hidup
rakyat berbanding GST yang dikenakan pada pelbagai peringkat.
“Secara perbandingan, 470,000 peniaga menghasilkan kutipan
GST sebanyak RM44 bilion tetapi di bawah SST hanya 70,000 peniaga diperlukan
untuk mendapatkan hasil sebanyak RM21 bilion.
“Ini amat jelas pentadbiran cukai dan kos pematuhan cukai
akan jadi lebih mudah dan efisien kepada peniaga yang secara langsung memberi
kesejahteraan kepada rakyat,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

GST sebanyak enam peratus di Malaysia diperkenalkan pada 1
April 2015 untuk menggantikan SST.
Persidangan bersambung esok. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel