Connect with us

Berita Lain

Pentadbiran PH harus ditegur: Rafizi


KUALA LUMPUR – Pentadbiran PH perlu ditegur dan dikritik bagi mengelakkan kerajaan ‘naik lemak’.

Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, kritikan sama ada secara dalaman atau dari luar adalah penting dari awal pentadbiran lagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Masih ramai yang lali dengan pandangan bahawa ‘kita perlu beri sepenuh ruang kepada kerajaan, mereka masih baru. Jangan ditegur lagi’.

“Jika tidak ditegur dari awal, lama-lama kerajaan naik lemak. Perlu dididik (untuk) dikritik dalam dan luar dari mula,” katanya dalam catatan di laman Twitternya, lapor Sinar Harian hari ini.

Rafizi turut mengakui sering disindir kerana menegur rakan-rakan dalam PH, malah ada yang menggangap beliau mempertahankan Umno dan Pas.

“Ada kata saya kurang hentam Umno dan Pas. Mereka bukan kerajaan, sangat kurang risiko berlaku kerosakan sebab mereka.

“PH yang kerajaan dan kalau salah tindak tanduk, ada kesan kepada rakyat. Perlu biasakan dengan kritikan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Dalam siri Tweet yang sama, Rafizi berkata, sewajarnya setelah menjadi sebahagian daripada kerajaan, sahabat-sahabat di PH perlu cermin diri dari semasa ke semasa.

“Dulu masa pembangkang, adakah aku suka kalau kerajaan buat begini? Adakah ada tindakan kita yang sama macam BN dulu?

“Ini disiplin yang baik untuk menjadi kerajaan yang lebih baik,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel