Connect with us

Berita Lain

Pengerusi SUHAKAM hina Mahkamah Syariah

Razali (kanan) mempersenda-sendakan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu yang menjatuhkan hukuman denda RM3,300 dan enam sebatan ke atas pasangan lesbian, Ahad lalu



PAS mengutuk tindakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang mengecam keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu terhadap pasangan lesbian, baru-baru ini.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan, berkata tindakan SUHAKAM menyifatkan hukuman dikenakan sebagai memalukan dan merendahkan itu adalah penghinaan kepada mahkamah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Sehubungan itu, katanya, PAS menggesa Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail meneliti semula kenyataannya atau parti itu akan membuat aduan kepada mahkamah berkenaan.


“Kami sebagai Ahli Parlimen beragama Islam sekeras-kerasnya menolak, mengutuk, dan mengecam tindakan Pengerusi SUHAKAM yang menghina mahkamah.


“Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu adalah mahkamah yang sah dari sisi undang-undang khas untuk orang Islam, bagi menjalankan perbicaraan dan hukuman kepada orang Islam yang didapati bersalah mengikut enakmen kesalahan jenayah syariah.


“Apabila mahkamah jatuhkan hukuman, kita orang biasa tidak boleh mempersoalkan selagi mana hukuman dijatuhkan itu berada dalam lingkungan undang-undang.


“Kenyataan ini tidak wajar dikeluarkan oleh SUHAKAM kerana ini membabitkan hak asasi orang Islam yang tidak dipaksa kepada orang bukan Islam.


“Dalam kes ini, orang yang dituduh dan dihukum adalah orang Islam,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Razali semalam yang mengecam keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menjatuhkan denda RM3,300 dan enam sebatan kepada dua wanita atas tuduhan cuba melakukan hubungan sejenis ketika ditahan dalam sebuah kereta, April lalu.


Pasangan berkenaan mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, turut mempersoalkan kenyataan Razali mempertikai hukuman sebat terhadap pasangan terbabit.


“Ini rotan syariah. Kami tidak bersetuju dengan pandangan Pengerusi SUHAKAM menyifatkan tindakan sebatan syariah sebagai kejam, mendera dan tidak berperikemanusiaan,” katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel