Connect with us

Berita Lain

Hak milik tanah 999 tahun: DAP Perak tak beri tekanan pada MB


DAP Perak tidak pernah memberi tekanan kepada Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkaitan isu hak milik kekal tanah, kata Pengerusinya Nga Kor Ming.
Beliau berkata DAP adalah sebuah parti yang penuh bertanggungjawab, mempunyai hubungan mesra, sentiasa bekerja sebagai satu pasukan serta saling hormat menghormati.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“DAP Perak akan berdiri teguh bersama Menteri Besar dan memberi sokongan padu kepada pimpinan beliau supaya Pakatan Harapan (PH) membawa kesejahteraan hidup kepada seluruh rakyat Perak serta membawa pembangunan ekonomi pesat kepada negeri kita yang tercinta,” katanya dalam satu kenyataan di Teluk Intan, hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar tempatan yang memetik beliau sebagai berkata, DAP Perak mahu Kerajaan Negeri memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal tanah kepada Kampung-kampung Baru seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menjelas lanjut, Nga, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Aulong, berkata beliau tidak pernah membangkitkan isu hak milik kekal tanah dalam satu sidang media di Teluk Intan, semalam.
“Sebaliknya apa yang berlaku adalah apabila saya ditanya oleh pemberita, saya hanya nyatakan PH adalah komited untuk melaksanakan semua janji yang termaktub dalam manifesto.
“Ini adalah kata-kata yang sama dengan ucapan penggulungan Menteri Besar semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Nga, yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, juga mengajak orang ramai supaya tidak jatuh ke dalam perangkap politik perkauman, sebaliknya memberi sokongan kepada HARAPAN.
“Ini untuk membuat pembaharuan demi manfaat bangsa dan negara kita yang tercinta dalam era Malaysia Baru,” katanya sambil menambah agar rakyat menjauhi politik perkauman yang beracun.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel