Connect with us

Berita Lain

Terengganu masih berharap PM fikir semula, teruskan ECRL


MARANG, 23 Ogos — Kerajaan Terengganu berharap bahawa kerajaan Persekutuan mempertimbangkan semula pembatalan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana ia akan menjejaskan perkembangan ekonomi negeri ini.
Menteri Besar Ahmad Shamsuri Mokhtar yang mengetahui mengenai pembatalan itu menerusi media massa berkata ketika ini proses awal seperti membina laluan, stesen, terowong, jambatan telahpun dilakukan termasuk proses pengambilalihan tanah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis korban perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, di Kampung Rhu Muda di sini semalam.
Kelmarin Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan memutuskan untuk membatalkan projek usahasama dengan kerajaan China dan akan cuba mencari jalan penyelesaian tanpa perlu membayar pampasan yang tinggi kepada pihak yang terlibat dalam projek berkenaan.
Projek ECRL yang dicadangkan pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum itu mencetuskan kontroversi berikutan kosnya yang mencecah hingga RM70 bilion.
Mengikut perancangan, laluan sepanjang 688 kilometer itu menghubungkan Pelabuhan Klang di pantai barat dengan pantai timur melalui Kuantan, di Pahang dan berakhir di Pengkalan Kubor di Kelantan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, Ahmad Shamsuri turut menyertai upacara korban 22 ekor lembu semalam untuk diagihkan kepada golongan kurang berkemampuan di DUN Rhu Rendang. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel