Connect with us

Berita Lain

Cara Malaysia uruskan Equanimity turunkan nilainya, kata pemilik

Foto: The Star

PETALING JAYA: Syarikat yang didaftarkan sebagai pemilik
Equanimity memberi amaran tindakan Malaysia berkaitan kapal mewah itu
menyebabkan nilainya turun, ketika mahkamah membenarkan 1MDB menjual kapal itu
dalam usaha mendapatkan balik wang yang didakwa berkaitan dengan syarikat
bermasalah itu.
Equanimity (Cayman) Ltd berkata kapal itu, yang dianggarkan
penyiasat Amerika Syarikat bernilai RM1 bilion, sekarang ini beroperasi
menggunakan kuasa generator, yang menurut syarikat itu merosakkan kapal itu.
“Malaysia melabuhkan kapal itu dalam persekitaran berbahaya
di mana toksin seperti pencemaran air dan asap berdekatan merosakkannya,” kata
syarikat yang didaftarkan di Kepulauan Cayman itu dalam kenyataan hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Oleh kerana Malaysia nampaknya tidak ada, atau tidak mahu
membelanjakan, wang untuk menjaga kapal itu dengan baik sementara ia disiapkan
untuk penjualan memaksimumkan nilai, Malaysia sebaliknya mencadangkan jualan
murah, di mana kapal itu akan dijual pada harga lebih rendah daripada nilai
sebenar.”
Menurut Free Malaysia Today lagi, Equanimity dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho,
yang mengelak daripada pihak berkuasa Malaysia dan negara-negara lain, dan
dituduh menggunakan dana 1MDB untuk memperoleh kapal itu.
Low masih melawan dan berulang kali mengecam rampasan kapal
itu sebagai “menyalahi undang-undang” dan berikrar tidak menyerah diri kepada
pihak berkuasa Malaysia kerana katanya dia tidak akan dapat perbicaraan yang
adil.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengumumkan perintah
ex-parte susulan permohonan kepada 1MDB Global Investments LTd, 1MDB Energy
Holdings LTD, 1MDB dan kerajaan Malaysia.
Peguam 1MDB berkata jualan harus dimuktamadkan segera kerana
kos tinggi menjaga kapal itu, yang dilabuhkan di Pelabuhan Klang sejak awal
bulan ini.
Mereka juga bimbang sebarang penangguhan akan menyebabkan
nilai kapal itu menyusut, dan merancang untuk menyelesaikan jualan itu pada
hujung tahun ini melalui tender awam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Equanimity (Cayman) Ltd bagaimanapun berkata langkah itu
“mencabul proses duluan dan komiti perundangan antarabangsa”.
“Tindakan salah ini akan menyebabkan kerumitan ke atas
pemilikan Equanimity yang akan mengambil masa bertahun untuk diselesaikan di
beberapa mahkamah di serat dunia,” katanya.
Syarikat itu berkata pihaknya tidak tahu tentang prosiding
mahkamah hari ini kerana ia tidak menerima sebarang notis berkaitan permohonan
oleh 1MDB.
“Walaupun kami pemilik kapal itu, Equanimity (Cayman) Ltd
belum menerima sebarang notis sah berkenaan sebarang pemfailan berkenaan Sale
Pendente Lite, atau sebarang notis berkenaan pendengaran mahkamah dala perkara
ini,” katanya.
Syarikat itu menegaskan pendirian oleh Low mengatakan
rampasan kapal itu di Malaysia menyalahi perintah mahkamah di AS yang melantik
kerajaan AS sebagai penjaganya.
“Tindakan unilateral oleh Malaysia ketika ada permohonan
mahkamah di AS menghina kedaulatan undang-undang antarabangsa,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel