Connect with us

Berita Lain

Dr M mahu ‘Tembok Besar China Kuantan’ dirobohkan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat tembok
yang mengelilingi Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP)
dirobohkan.
Malaysiakini dalam laporan khas tahun lalu menyorot
pembinaan tembok sepanjang kira-kira sembilan kilometer mengelilingi kompleks
industri berkenaan yang digambarkan oleh penduduk tempatan sebagai “Tembok
Besar China Kuantan”.
Dr Mahathir dalam wawancara pertamanya selepas pulang dari
China berkata beliau sedang cuba meletakkan semula pihak berkuasa Malaysia di
kawasan itu dan telah membangkitkannya kepada Beijing.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya jelaskan kepada kerajaan China bahawa kita akan
patuhi peraturan, undang-undang dan amalan mereka di China, jadi kita juga mahu
mereka mematuhi undang-undang dan amalan di Malaysia. Mereka tidak pernah
menyatakan keengganan kepada hal ini.
“Kami perlu memastikan bahawa pembangunan ini mengikut
undang-undang dan peraturan,” katanya dalam wawancara
di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Pekerja dari China memberitahu Malaysiakini bahawa mereka
dilarang keluar dari kawasan tembok berkenaan dan pekerja dibahagi-bahagi
mengikut wilayah tempat tinggal mereka di China.
Wakil tempatan yang dipilih juga mengadu bahawa mereka tidak
dibenarkan masuk.


“Taman industri bukan negara asing, ia masih lagi
tertakluk kepada undang-undang Malaysia, menghalang pegawai tempatan masuk
bukan perkara yang seharusnya dilakukan.
“Tiada sesiapa yang pernah melakukan perkara itu. Anda
bina taman industri dan anda tidak benarkan rakyat Malaysia masuk.
“Ini bukan amalan yang kita gunakan. Kita mempunyai ratusan
taman industri dan semuanya tertakluk di bawah undang-undang Malaysia.
“Jadi kita perlu robohkan tembok dan semua (amalan) ini
kerana ia salah di sisi undang-undang negara,” kata Dr Mahathir.
MCKIP sebelum ini menjelaskan bahawa tembok berkenaan tidak
meliputi keseluruhan kawasan taman industri berkenaan dan hanya terhad untuk
kawasan kompleks Alliance Steel (M) Sdn Bhd.
Perlu beri manfaat kepada Malaysia
Dalam wawancara yang berlangsung dalam bahasa Inggeris itu,
Malaysiakini bertanya maksud sebenar Dr Mahathir apabila mengatakan
“taking down walls”.
Dr Mahathir mengesahkan bahawa ia memberi maksud secara
harfiah dan figuratif.
“Taman industri ini dibuat di bawah undang-undang
Malaysia dan kita perlu menguatkuasakan undang-undang kita di dalam taman
industri berkenaan.
“Katakan ada jenayah berlaku di dalam sana, ia
tanggungjawab kita. Ia bukan tanggungjawab pihak yang memiliki taman itu,”
katanya.
Dr Mahathir pulang dari China pada Selasa lalu selepas
berbincang dengan Beijing berhubung pengkajian semula beberapa projek mega di
Malaysia yang dibiayai oleh negara itu.
Dr Mahathir berulang kali menuduh bekas perdana menteri
Datuk Seri Najib Razak menjual tanah kepada China sewenang-wenangnya atas nama
pelaburan luar.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu menekankan bahawa
pelaburan luar langsung perlu memanfaatkan Malaysia dari segi pengetahuan
teknologi selain peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan bukannya sekadar
memberi syarikat China tanah untuk dibangunkan.


Dilancarkan secara rasmi pada 5 Feb, MCKIP dimiliki 49
peratus oleh Guangxi Beibu Guld International Port Group Co Ltd, sebuah
syarikat China yang dimiliki oleh kerajaan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi dan
51 peratus pemilikan selebihnya adalah konsortium tempatan, Kuantan Pahang
Holding Sdn Bhd.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Kuantan Pahang Holding Sdn Bhd merupakan perkongsian
awam-swasta yang terdiri daripada IJM Land Bhd (40 peratus), Sime Darby
Property Bhd (30 peratus) dan kerajaan Pahang melalui Perbadanan Setiausaha
Kerajaan Pahang dan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (30 peratus).
Upacara pembukaan disempurnakan oleh Najib dan Jia Qinglin
yang ketika itu merupakan pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan
Perundingan Politik Republik Rakyat China.
Dibahagikan kepada tiga fasa, pembangunan 1,219 ekar ketika
ini akan disusuli dengan 1,000 ekar dan 800 ekar masing-masing bagi fasa dua
dan fasa tiga.
Sebahagian besar fasa pertama, atau 710 ekar, telah dijual
kepada Alliance Steel (M) Sdn Bhd, yang merupakan usaha sama antara dua
syartikat China – Guangxi Beibu Gulf Port International Group Co Ltd dan
Guangxi ShengLong Metallurgical Co Ltd – menurut jawapan bertulis sidang DUN
Pahang bertarikh 14 Sept.
Jawapan bertulis itu menyatakan Alliance Steel, syarikat
CHina pertama yang melabur dalam MCKIP, sedang membina loji keluli bersepadu
moden yang sudah 50 peratus disiapkan dan dijangka mula beroperasi hujung
tahun.
Kerajaan Pahang juga mendedahkan syarikat China yang
mengkhususkan kepada bateri kereta berjanji untuk melabur dalam fasa ketiga
MCKIP. Laporan media juga menyatakan sebuah lagi syarikat China akan melabur
dalam taman industri itu bagi membina kilang aluminium.
MCKIP merupakan projek pertama yang akan dianugerahkan
status “Taman Industri Kebangsaan” dan dikatakan akan melonjakkan
perkembangan ekonomi tempatan yang akan membuka ribuan peluang pekerjaan kepada
warga Kuantan.- Malaysiakini


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel