Connect with us

Berita Lain

Mat Sabu arah siasat segera pengiring masih berkhidmat dengan Hishammuddin


KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan memandang serius
laporan tiga anggota khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa sehingga
kini masih menjadi pengiring bekas menteri kementerian Datuk Seri Hishammuddin
Hussein.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, susulan perkara
itu, beliau telah mengarahkan siasatan segera dibuat.
“Tindakan akan diambil jika terdapat pelanggaran
terhadap amalan dan peraturan sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan
hari ini, lapor Sinar Harian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata demikian mengulas laporan portal Malaysiakini
hari ini yang mendedahkan perkara tersebut.
Laporan itu menyebut, sumber ATM dan kementerian pertahanan
mendedahkan bahawa dua pegawai tersebut adalah anggota Pasukan Khas Laut
(Paskal).
Mereka, masing-masing berumur 37 tahun dan 41 tahun dengan
tahun akhir khidmat pada 2020 dan 2021 manakala pegawai pengiring ketiga pula
adalah seorang komando
Tiada banyak maklumat tentang komando itu namun sumber
mendakwa, gambarnya pernah dimuatnaik Hishammuddin dalam Twitter peribadinya
baru-baru ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Anggota Paskal berumur 41 tahun itu pula dilihat mengiringi
Hishammuddin dalam sekeping gambar bertarikh 30 Jun 2018.
Tiga pegawai tersebut dipercayai telah berkhidmat dengan
Hishammuddin sejak beliau menjadi menteri pertahanan pada 2013.
Bagaimanapun ia sepatutnya tamat selepas beliau tidak lagi
memegang portfolio itu berikutan kekalahan BN pada PRU14.
Sumber ATM juga mendakwa, ketiga-tiganya individu itu kini
mendapat dua gaji, iaitu daripada ATM dan Hishammuddin.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel