Connect with us

Berita Lain

Tiga laporan polis dibuat terhadap pemilik FB ugut timb menteri


Tiga laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun Facebook
bernama Mohd Azmi Ismail yang didakwa mengeluarkan kenyataan kurang sopan dan
mengugut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.
Laporan dibuat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum
Sim Chon Siang; Pegawai Khas Fuziah, Fakhrul Anuar Zulkawi; dan adik ipar
Anggota Parlimen Kuantan itu, Razali Abd Rahman di Ibu Pejabat Polis Daerah
Kuantan di Kuantan, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Fakhrul Anuar berkata mereka menggesa pihak polis
menjalankan siasatan ke atas pemilik akaun laman sosial berkenaan kerana telah
mengeluarkan kenyataan jelik yang mengancam keselamatan Fuziah dan keluarganya.
“Pemilik akaun itu menggunakan bahasa kesat yang tidak
sepatutnya. Jika ada perkara yang mendatangkan perasaan tidak puas hati, dia
boleh menegur dan menulis malah boleh berjumpa dengan Yang Berhormat (Fuziah)
untuk berbincang.
“Bukan dengan cara menggunakan bahasa kesat dan makian
di laman sosial. Kami mendesak pemilik akaun itu tampil membuat permohonan maaf
secara terbuka kepada YB,” katanya kepada pemberita di Kuantan.
Fakhrul Anuar berkata sejak membaca kenyataan itu pada pukul
11 pagi 23 Ogos lalu, kenyataan itu masih belum dipadamkan oleh pemilik akaun
berkenaan setakat hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, Razali, 53, berkata laporan polis itu perlu
dilakukan kerana pemilik akaun berkenaan telah mengugut bukan sahaja Fuziah,
malah wanita di dalam keluarganya menerusi kenyataannya.
“Laporan ini juga demi maruah dan keselamatan keluarga.
Kenyataan pemilik akaun itu juga boleh disifatkan sebagai gangguan seksual
kepada wanita di dalam keluarga kami,” katanya.
Berdasarkan salinan kepada pihak polis, pemilik akaun
berkenaan didakwa mengeluarkan kenyataan itu sebagai reaksi kepada kenyataan
Fuziah dalam isu berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel