Connect with us

Berita Lain

Najib patut tahu pergerakan wang bayar balik GST – PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 
  Bekas Perdana Menteri Menteri
Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan sepatutnya tahu tentang
pergerakan wang dalam Kumpulan Wang Disatukan yang dikhususkan untuk bayaran
balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata 
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Ya beliau (Najib) sepatutnya tahu di mana wang itu. Wang
milik kerajaan tidak boleh dibelanjakan begitu sahaja perlu isi borang, mesti
dapatkan kebenaran dan perlu ada rekod bertulis bagi semua pergerakan wang itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jika beliau kata yang beliau tidak tahu… tentu ada
sesuatu yang tak kena. Kerajaan akan mengesan dalang itu dan bersedia untuk
mengambil sebarang tindakan undang-undang,” katanya pada sidang media selepas
merasmikan Persidangan dan Pameran Cities 4.0: Building A Smart &
DIgitilised City, di sini, hari ini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam kenyataannya semalam
berkata sukar untuk percaya yang Najib tidak tahu bahawa setakat 31 Mei, 2018,
terdapat 121,429 syarikat dan individu yang masih mendapat bayaran balik GST
dengan sesetengah bayaran balik itu bertarikh 2015.
Lim juga menegaskan hanya Najib mempunyai kuasa untuk
menghentikan pemindahan RM19.25 bilion ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bagi
tujuan bayaran balik GST daripada RM82.9 bilion diminta oleh Jabatan Kastam.
Najib, setakat ini menafikan sebarang salah laku.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Dr Mahathir turut menyentuh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
yang dilabelnya sebagai satu bentuk rasuah dan berkata bantuan itu diberikan
untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Perdana menteri percaya bantuan itu tidak diagihkan secara
saksama dan kepada kumpulan yang sepatutnya.
“Kerajaan prihatin dan mahu membantu rakyat tetapi bantuan
itu perlu betul. Jika seseorang berpendapatan kurang daripada RM4,000, dan
mempunyai banyak tanggungan termasuk perlu menanggung keluarga besar, kami
boleh berinya wang.
“Tetapi memberikan wang kepada seseorang yang berpendapatan
kurang RM4,000 tanpa mengira situasi, adalah salah. Ia adalah rasuah. Dasar
kerajaan adalah membantu golongan yang memerlukan, bukan setiap orang,”
katanya. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel