Connect with us

Berita Lain

Najib sindir k’jaan HARAPAN tak pandai matematik


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini
mempersoalkan kemahiran matematik pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN).
Melalui kenyataan di Facebook, Najib merujuk isu Taman
Perindustrian Malaysia-China (MCKIP) di Kuantan.
Najib menyorot bahawa MCKIP adalah taman perindustrian
berkembar dengan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (QCMIP) di bandar
Qinzhou di negara China, lapor Malaysiakini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Jelas Najib, memiliki 50 peratus tapak perindustrian di
negara China yang mempunyai 1.4 bilion penduduk lebih baik berbanding memiliki
100 peratus taman perindustrian di Malaysia yang mempunyai 30 juta orang.
“MCKIP dimiliki oleh Malaysia dengan pegangan 51
peratus saham manakala syarikat-syarikat dari China dengan 49 peratus.
“CMQIP pula dimiliki oleh China dengan 51 peratus
pegangan saham dan 49 peratus oleh Malaysia dengan keluasan tiga kali ganda
lebih besar daripada MCKIP di Kuantan.
“CMQIP kini juga sangat berjaya dan hasil pengeluaran
kilang-kilang di sana telah mencecah RMB10 billion (RM6 bilion) untuk tahun
2017 sahaja.
“Jika kita arif dalam matematik dan tidak kerap silap
mengenai titik perpuluhan, sudah tentu kita faham bahawa memiliki 50 peratus
tapak perindustrian untuk pasaran 1.4 bilion orang adalah lebih baik dari
memiliki 100 peratus untuk pasaran 30 juta orang sahaja,” katanya.
Najib berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara Malaysiakini selepas pulang
dari negara China minggu lalu bahawa beliau mahu merobohkan tembok di MCKIP.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selain itu, Najib juga merujuk kenyataan Anggota Parlimen
Kuantan Fuziah Salleh yang menjelaskan bahawa tembok di MCKIP hanya
mengelilingi kompleks kilang Alliance Steel sahaja dan bukan seluruh taman
perindustrian itu.
“Kilang besi bukan tempat selamat buat orang awam
keluar masuk dengan mudah. Oleh itu, bukan sesuatu yang mengejutkan jika kilang
itu membina tembok sebagai langkah pengawalan dan keselamatan.
“Ini dah diperjelaskan sebelum ini tapi tenggelam
dengan fitnah disebar HARAPAN.
“Fuziah memberitahu wartawan bahawa beliau akan
menjelaskan kepada Dr Mahathir tidak lama lagi.
“Fuziah juga mengakui bahawa ramai dari kawasan
parlimen beliau menghargai peluang pekerjaan di MCKIP dan tidak mahu pekerjaan
mereka terjejas.
“Alhamdulillah, satu lagi fitnah sebelum PRU ke-14
terhadap kerajaan BN dulu telah diperbetulkan. Yang baik dituduh sebagai
buruk,” kata Najib.
Kenyataan terbaru Najib itu merupakan kenyatan kedua hari
ini yang menyifatkan “fitnah terhadap BN diperbetulkan”.
Terdahulu, Najib turut menyifatkan hal serupa berhubung
kenyataan Timbalan Menteri Dalam negeri Datuk Azis Jamman berhubung angka kes
kaum India tanpa kewarganegaraan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel