Connect with us

Berita Lain

HSR: Singapura setuju tangguh tanpa pampasan, kata Azmin


SHAH ALAM, 3 Sept 
  Malaysia dan Singapura  bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan
projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) sehingga ke suatu tempoh yang akan
ditetapkan.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
berkata keputusan penangguhan itu dibuat dengan mengambil kira faktor situasi
ekonomi negara yang tidak kukuh buat masa ini.
“Kita (Malaysia dan Singapura) telah mencapai kata muafakat
bagaimana kita dapat menyelesaikan pertindihan projek ini…dengan keadaan
ekonomi, Malaysia tidak mampu meneruskan projek ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Singapura bagaimanapun bersetuju dengan pandangan kerajaan
Malaysia untuk menangguhkan pelaksanaan projek ini sehingga ke satu tempoh
ketika keadaan ekonomi kembali pulih,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.
Mohamed Azmin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri
(Adun) Bukit Antarabangsa ditemui selepas menghadiri istiadat perasmian Mesyuarat
Kedua Penggal Pertama Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14, yang
disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Beliau berkata keputusan itu juga dibuat selepas pihaknya
mengadakan beberapa siri rundingan bersama kerajaan Singapura baru-baru ini.
Jelas beliau, hasil daripada perbincangan itu, Malaysia
tidak perlu membayar sebarang pampasan kepada Singapura sepanjang tempoh
penangguhan tersebut.
“Tiada pampasan akan dibayar dalam tempoh penangguhan itu,
di akhir penangguhan kemudian (sekiranya) dibatalkan, baru kita bayar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Selepas penangguhan pastinya kita akan teruskan. Kita juga
akan teruskan perbincangan bagaimana kita boleh kurangkan kos projek itu,
kemungkinan mengguna pakai  teknologi
baharu atau melihat kepada aspek lain,” katanya.
Tambah Mohamed Azmin, perbincangan selanjutnya dengan
kerajaan Singapura selepas ini akan menjurus kepada pengurangan kos projek
serta fokus perkhidmatan antarabangsa yang dilihat dapat memberi kesan baik
kepada kedua-dua negara termasuk dari segi pertumbuhan ekonomi.
Katanya lagi, HSR mempunyai dua komponen iaitu
‘International Service’ yang melibatkan perjalanan dari Singapura ke Malaysia
serta ‘Domestic Service’ yang melibatkan tujuh hentian sepanjang perjalanan.
“Kita akan fokus pada ‘International Service’ ini,” katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
dilaporkan berkata kerajaan Malaysia akan berunding dengan Singapura untuk
menangguhkan pelaksanaan projek kereta api itu berikutan tidak dapat
meneruskannya dalam keadaan kewangan negara pada masa ini. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel