Connect with us

Berita Lain

JKM usahakan kebajikan dua anak wanita cuba lacur diri terpelihara, kata TPM


Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menemu bual
keluarga ibu tunggal yang didapati bersalah cuba melacurkan diri oleh Mahkamah
Tinggi Syariah Terengganu pada 27 Sept lepas, dalam usaha memastikan kebajikan
anak-anaknya terpelihara..
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata
bukan menjadi hasrat pihaknya untuk mencampuri urusan mahkamah syariah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Namun kebajikan wanita dan kanak-kanak adalah
keutamaan saya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dr Wan Azizah berkata JKM mendapati wanita berusia 30 tahun
yang mempunyai dua anak itu telah memohon bantuan kebajikan pada 2016 namun
tidak diluluskan kerana telah menyerahkan anak pertamanya kepada kakak beliau.
Anak kedua pula diserahkan kepada keluarga angkat tahun lepas.
Wanita itu dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan enam kali
sebatan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapinya.
Sambil berkata apa yang berlaku amat menyedihkannya, Dr Wan
Azizah bagaimanapun menegaskan: “Kami menghormati dan akur terhadap
keputusan mahkamah syariah dan setuju setiap jenayah mestilah dihukum.”
Beliau seterusnya berkata adalah penting untuk menggambarkan
Islam bukan agama yang kejam dan tidak mengamalkan hukuman berat untuk
memalukan sesiapa.
“Kita melihat keseluruhan aspek persekitaran yang melingkari
setiap situasi dan mencari kaedah untuk membantu memulihkan pesalah,”
tambahnya.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel