Connect with us

Terkini

Mahathir ambil duit dari mana untuk bina rumah…?


KUALA LUMPUR – Walaupun dikenali ramai sebagai seorang yang amat tegas dan garang, tetapi, Gabenor Bank Negara Malaysia pertama Allahyarham Tun Ismail Ali sebenarnya adalah seorang insan yang berjiwa penyayang, berhemah
tinggi dan budiman.

Dalam penghormatan kepada abangnya itu melalui buku berjudul “Tun Ismail Ali – Paragon of Trust and Integrity”, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali, mendedahkan sisi lain mengenai Ismail yang jarang diketahui
umum.

Menurut beliau, sikap Ismail yang tegas dan tabah sebenarnya
terbentuk hasil daripada asuhan keluarga.

Loading…

“Saya ingin memberi jaminan kepada sesiapa sahaja yang
pernah menjadi mangsa beliau bahawa apa yang dilakukan Ismail semasa beliau menyandang jawatan itu bertitik tolak daripada asuhan yang diterimanya dalam keluarga kami.“

Advertisement

Ibu bapa kami bersikap sangat tegas dan itulah yang
membentuk keperibadiannya.

Beliau terus memupuk keperibadian sendiri ketika
melanjutkan pelajaran di England dan tinggal di sana untuk sekian lama,” kata Dr Siti Hasmah pada majlis pelancaran buku tulisan beliau itu di Sasana Kijang, di sini hari ini.

Buku bertujuan meraikan ulang tahun kelahiran ke-100 Ismail
itu dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Siti Hasmah menceritakan bagaimana, apabila beliau lulus
daripada kolej perubatan di Singapura pada 1955, Ismail, yang beliau panggil “Abang Ngah”, mengutuskan sepucuk telegaram kepadanya hanya dengan mesej bertulis:

“Akhirnya, kita ada seorang doktor di dalam rumah”.

Isteri Perdana Menteri itu juga berkongsi dengan pembaca
satu lagi peristiwa menarik apabila beliau dipanggil menghadap Ismail secara mengejut di pejabatnya di Bank Negara.

Advertisement

“Belum pun saya sempat duduk, beliau bertanya: “Hasmah,
Mahathir ambil duit dari mana untuk bina rumah itu? Saya tergamam, tetapi menjelaskan kepada beliau bahawa kami telah jual rumah kami di Alor Setar, dan oleh kerana Mahathir kini berkhidmat dengan kerajaan, maka beliau mendapat
pinjaman kerajaan untuk membina rumah baharu itu.“Berpuas hati dengan penjelasan itu, beliau sekadar
menyebut, “Mmm”.

Lihatlah. Saya hanya dilepaskan dengan perkataan
“Mmm” saja,” kata beliau.

Buku berkenaan mengandungi tiga bahagian yang menceritakan mengenai kehidupan Ismail pada zaman kanak-kanak, semasa Perang Dunia Kedua dan semasa  beliau menyandang jawatan Gabenor Bank Negara  hinggalah beliau dijemput menghadap Ilahi pada 1998 ketika berusia 79 tahun.

Dalam buku setebal 211 halaman ini, Dr Siti Hasmah juga
menceritakan akan kegemaran  Ismail terhadap cerut dan kesepian yang dialaminya selepas kematian isteri beliau, Toh
Puan Maimunah Abdul Latif, pada 1996.

“Saya berani memberi jaminan bahawa walaupun beliau seorang yang tegas serta amat garang, namun dilubuk hatinya tersemat rasa kasih sayang terhadap anda semua.

Advertisement

Beliau mahu agar Bank Negara diurus dengan sewajarnya dan
menjadi bank terbaik di dunia seperti bank pusat di negara lain,” jelas beliau.

Lahir pada 1918, Ismail adalah anak kedua daripada 10
adik-beradik. Beliau memulakan alam persekolahan di Victoria Institution, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pengajian di Cambrigde University dengan mendapat
Queen’s Scholarship.

Apabila Perang Dunia Kedua tercetus pada 1939, beliau
bertugas sebagai penyampai dan pengulas berita di Bahagian Melayu BBC di London. 

Pada 1946, Ismail pulang ke tanah air dan menyandang pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam, sebelum dilantik menjadi Gabenor Bank Negara pada 1962 bagi menggantikan Tan Sri W.H Wilcock, seorang warga Australia.Ismail bersara pada 1980. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel