Connect with us

Berita Lain

Pelakon Farid Kamil gagal gugur lima tuduhan jenayah

Gambar Farid Kamil ketika ditahan reman awal tahun ini. – Foto Kosmo

PETALING JAYA, 16 Okt 
— Jabatan Peguam Negara menolak representasi pelakon dan pengarah Datuk
Farid Kamil Zahari untuk menggugurkan 
lima pertuduhan jenayah yang dihadapinya.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris
memaklumkan perkara itu semasa sebutan kes Farid Kamil, 37,  di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.
Mahkamah kemudiannya mengekalkan tarikh perbicaraan selama
lima hari bermula 27 November depan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Farid Kamil ketika ditemui pemberita di luar mahkamah
berkata beliau akan menghantar representasi kedua secepat mungkin.
“Kita terima keputusan yang telah ditetapkan dan
perbincangan akan dilakukan bersama peguam saya untuk mengemukakan representasi
untuk kali kedua,” kata pelakon itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 16 Januari lepas, Farid Kamil mengaku tidak bersalah
atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangkan cedera, menggunakan
kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan
kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Farid Kamil didakwa
dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Ashraf Ahmad, 35, seorang
eksekutif akaun syarikat swasta dan Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin, 24,
seorang anggota polis.
Bagi pertuduhan ketiga, Farid Kamil dituduh  menggunakan kekerasan jenayah terhadap
Muhammad Nizam sebagai seorang penjawat awam yang sedang menjalankan tugas
sebagai pegawai polis dengan niat menghalang beliau menjalankan tugasnya yang
sah di sisi undang-undang.
Bagi pertuduhan keempat, dia didakwa berkelakuan tidak
senonoh di dalam balai polis dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan kepada
Muhammad Nizam.
Pada 25 Januari, Farid Kamil turut mengaku tidak bersalah
terhadap pertuduhan menggunakan dadah jenis tetra hydrocannabinol atau THC. —
Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel