Connect with us

Berita Lain

Mat Sabu ‘dikepung’ walaupun ketika basuh tangan di sinki


Mohamad Sabu atau Mat Sabu ‘dikepung’ lagi di Singapura.
Kali ini di Restoran Al Jasra, Changi Rd.
Kejadian berlaku ketika Menteri Pertahanan itu singgah di
restoran itu semalam selepas temu bual bersama Bernama di Changi Naval Base
sebelum berlepas pulang ke tanah air.
Mat Sabu berada di Singapura selama tiga hari sejak 18 Okt
dalam rangka lawatan pengenalan diri ke republik ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau juga menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan
ASEAN (ADMM) ke-12 dan ADMM-Plus ke-5 yang dihoskan Singapura selama dua hari
hingga 20 Okt.
Menteri itu pernah ‘dikepung’ pada Jun lalu di Singapura
ketika singgah di Masjid Sultan untuk menunaikan solat Jumaat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau turut ‘dikepung’ oleh pekerja-pekerja hotel termasuk
Chef tempat beliau menginap ketika di republik itu.
Semalam, beliau tidak ‘dilepaskan’ sekali lagi untuk
beberapa ketika oleh orang awam.
Ia memberi sedikit tekanan dan kegelisahan di wajah pegawai
pengiring Singapura yang bertugas menjaga keselamatannya.
Rata-rata pengunjung di restoran itu mengenali Mat Sabu dan
‘mengepung’ beliau bertujuan hanya untuk berswafoto bersama seorang daripada
pemimpin utama Pakatan Harapan itu.
Mat Sabu seperti biasa tidak menolak dan bersalaman bersama
orang awam yang menyapanya.
Ketika melintas jalan bersama Mat Sabu, Bernama turut
menyaksikan seorang pemandu van tergesa-gesa menurunkan cermin tingkap dan
memanggil “YB Mat Sabuu !”
Mat Sabu dengan bersahaja menyahut “Ya.. Dari mana..?” Dan
dijawab pemandu tersebut “Dari Penang…”
Walaupun berjaga-jaga, pegawai keselamatan Singapura tetap
memberi ruang untuk orang awam mendekati Mat Sabu.
Mereka tetap mengiringi Mat Sabu walaupun ketika beliau
memilih lauk dan membasuh tangan di sinki.
Mungkin sedikit berlainan bagi mereka ‘mengiringi’ pemimpin
bernama Mat Sabu ini kerana beliau tidak kekok untuk makan bukan di restoran
lima bintang dan bertemu orang awam tanpa protokol.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel