Connect with us

Berita Lain

Qatar iktiraf usaha kerajaan banteras rasuah – TPM

DR Wan Azizah ketika menyampaikan ucapannya di Universiti Qatar. – Foto BERNAMA


DOHA: Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi majlis penyampaian anugerah ‘Third Sheikh Tamim International Anti-Corruption Excellence Award’, yang dijadual berlangsung di Putrajaya, bulan depan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata langkah Qatar memilih Malaysia sebagai tempat berlangsungnya acara itu jelas menunjukkan bahawa usaha kerajaan untuk membanteras penyelewengan dan rasuah kini mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Beliau berkata, Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani sendiri akan menyampaikan anugerah kepada pemenang dari seluruh dunia dan akan melakukan lawatan kerja ke Malaysia bagi tujuan itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Malaysia dipilih kerana pihak Qatar melihat Malaysia sebagai negara contoh dalam ‘good governance’ dan mereka mengambil maklum usaha gigih kerajaan dalam memerangi gejala rasuah,” katanya pada sidang akhbar bersama media Malaysia, di sini, hari ini.
Dr Wan Azizah yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Qatar hari ini mengadakan tiga pertemuan dua hala iaitu menghadap Emir Qatar, kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Qatar merangkap Menteri Dalam Negeri Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al Thani serta mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Pentadbiran, Buruh dan Hal Ehwal Sosial Yousif Mohammed Al Othman Fakhro.
Beliau berkata, pelbagai perkara dibincang dalam ketiga-tiga pertemuan itu, yang merangkumi aspek hubungan dan kerjasama dua hala serta isu lain yang mempunyai kepentingan bersama.


Dalam kunjungan menghadap ke atas Emir Qatar, Dr Wan Azizah berkata, beliau menyampaikan hasrat supaya kedua-dua pihak meningkatkan lagi kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan serta bertukar-tukar pandangan mengenai masalah perpaduan dalam kalangan umat Islam, selain isu Palestin dan Rohingya.
“Saya juga telah memaklumkan bahawa Malaysia mempunyai pelbagai barang, termasuklah bekalan simen berkualiti yang boleh dieksport ke Qatar,” katanya.
Beliau berkata, Malaysia juga mempunyai potensi yang besar dalam industri pelancongan perubatan dan mencadangkan warga Qatar yang memerlukan rawatan di luar negara supaya memilih Malaysia untuk tujuan itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Perkara itu dinyatakan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Qatar, yang turut menyampaikan salam kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Wan Azizah berkata, dari segi kerjasama ekonomi, Malaysia dan Qatar akan berbincang dengan lebih lanjut mengenai cadangan untuk mengadakan mesyuarat kedua Joint Trade Committee (JTC) di Kuala Lumpur, tahun depan.
“Ini kerana sudah terlalu lama (tiada mesyuarat susulan) sejak mesyuarat pertama JTC diadakan iaitu di Doha pada tahun 2009,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, perbincangan dengan Menteri Pembangunan Pentadbiran, Buruh dan Hal Ehwal Sosial pula bertumpu kepada isu pembangunan wanita, masyarakat, sosial dan pekerja.
“Saya telah menyarankan kepada beliau supaya Malaysia dan Qatar bertukar-tukar pengalaman dan kepakaran dalam bidang itu.
“Kami turut berbincang mengenai pendekatan yang diambil oleh kedua-dua negara dalam isu penjagaan kanak-kanak,” katanya. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel