Connect with us

Berita Lain

Pahang tarik kenderaan milik kerajaan negeri, timbalan menteri pinjam letak logo Pakatan


KUANTAN — Kerajaan Pahang menarik semula kenderaan
pacuan empat roda milik kerajaan negeri yang digunakan dalam kempen pilihan
raya kecil (PRK) Cameron Highlands yang tular di laman sosial hari ini.
Setiausaha kerajaan negeri Pahang Datuk Seri Salehuddin
Ishak berkata kenderaan itu sebenarnya dipinjamkan kepada sebuah kementerian
bagi kegunaan rasmi seorang timbalan menteri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Walaubagaimanapun, selepas dilekatkan lambang satu parti,
saya telah mengarahkan supaya kenderaan tersebut diambil semula serta-merta,”
katanya dalam kenyataan di akaun rasmi Facebook beliau hari ini.
Salehuddin berkata penjelasan itu dibuat selepas beliau
dihujani pertanyaan oleh netizen mengenai gambar yang tersebar menunjukkan
sebuah kenderaan milik kerajaan negeri dilekatkan dengan logo sebuah parti
bertanding pada PRK Cameron Highlands.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Gambar tersebut yang tular hari ini turut mendapat reaksi
pemimpin pembangkang termasuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang
secara sinis berkata beliau terfikir mahu memandu uji kenderaan tersebut.
Khairy saran peraturan baru kempen
Sementara itu, di Tanah Rata, Pakatan Harapan (PH) dan
Barisan Nasional(BN) perlu duduk semeja untuk menggubal dasar baharu pilihan
raya supaya segala peraturan pilihan raya menjadi lebih jelas kepada semua
pihak, kata bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata ia penting dalam melihat semula beberapa isu,
antara lain seperti penggunaan jentera kerajaan dan penganjuran program-program
melibatkan anggota kabinet ketika tempoh berkempen sesuatu pilihan raya
berlangsung.
“Ini adalah antara pembaharuan yang saya cadangkan
untuk pastikan perkara ini jelas, apa boleh dan apa tidak boleh,” katanya
kepada pemberita, di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau yang juga anggota parlimen Rembau, Negeri
Sembilan turun membantu kempen BN bagi pilihan raya kecil Cameron Highlands di
beberapa lokasi, di sini, sejak awal pagi tadi.
Mengulas mengenai PRK berkenaan, bekas menteri belia dan
sukan itu berkata beliau melihat pilihan raya berkenaan boleh jadi kayu ukur
kepada penerimaan rakyat terhadap PH sejak gabungan berkenaan meneraju kerajaan
pusat.

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
};
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/ar/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();

“Maka sebab itu Tun Mahathir Mohamad (perdana menteri
yang juga pengerusi PH) rasa penting untuk beliau sendiri turun
berkempen,” katanya.
PRK Cameron Highlands pada 26 Januari ini akan menyaksikan
pertandingan empat penjuru antara calon BN Ramli Md Nor, M Manogaran (PH) dan
dua calon Bebas iaitu Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel