Connect with us

Berita Lain

Mukhriz: ‘Bossku’ tidak gugat PH, pengikut bukan undi Semenyih


SEMENYIH ― Imej ‘Bossku’ yang dibawa bekas perdana
menteri Datuk Seri Najib Razak semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK)
Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih tidak menggugat peluang Pakatan Harapan
(PH) untuk mempertahankan kerusi itu.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata kebanyakan pengikut Najib yang menghadiri
programnya di sini bukanlah pengundi di kawasan Semenyih tetapi merupakan orang
luar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“(Bagi saya) ia seolah-olah satu penghinaan kepada rakyat
kerana cuba meraih sokongan walaupun semua sedia maklum beliau (Najib) terpalit
dengan macam-macam masalah penyelewengan.
“(Tetapi) terpulang kepada Barisan Nasional (BN) jika merasa
beliau mampu memberi kekuatan kepada BN mereka boleh teruskan,” katanya kepada
pemberita selepas berkempen bertemu masyarakat India di Ladang Rinching di
sini, hari ini.
Menteri Besar Kedah itu turun berkempen bagi memastikan
kemenangan calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali yang berdepan tiga
lagi calon bagi kerusi DUN Semenyih.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Calon lain ialah Zakaria Hanafi (BN), calon Bebas Kuan Chee
Heng dan Nik Aziz Afiq Abdul daripada Parti Sosialis Malaysia.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar
Mohd Nor daripada Bersatu yang mewakili PH pada 11 Januari lepas akibat
serangan jantung.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Mac sebagai hari
mengundi, sementara pengundian awal 26 Februari ini. ― Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel