Connect with us

Terkini

‘Dana asing tidak tertakluk cukai’ – Najib

Dana yang bersumber luar negara tidak tertakluk untuk
dikenakan cukai mengikut sistem perundangan negara, kata Datuk Seri Najib Razak.

“Pertama sekali, sumbangan politik termasuk dari Kementerian Kewangan Arab Saudi tidak tertakluk atau dikenakan cukai di bawah undang-undang,” katanya di Facebook, lapor projek MM.

Loading…

“Kedua, sebagaimana ia pengetahuan umum, pendapatan
diperolehi dari negara luar adalah tidak dikenakan cukai seperti di bawah undang-undang percukaian,” katanya.

Bekas perdana menteri hari ini mengulas laporan media yang
menyebut beliau perlu membayar RM1.5 bilion cukai tambahan berikutan penerimaan berbilion dana asing.

Advertisement

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menuntut cukai tambahan sebanyak RM1.5 bilion bermula 2011 hingga 2017, lapor The Edge Financial Daily.

Memetik sumber, Najib didakwa tidak mengisytihar harta
kira-kira RM4 bilion termasuk RM2.6 bilion yang dikatakan pemberian kerajaan Arab Saudi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel