Connect with us

Berita Lain

Nurul Izzah sertai semula jawatankuasa PAC


Setelah berpuas hati dengan jaminan semak dan imbang dalam
struktur Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), anggota parlimen Permatang
Pauh Nurul Izzah Anuar akhirnya bersetuju untuk menyertai semula jawatankuasa
berkenaan.
“Alhamdulillah. Struktur jawatankuasa PAC yang membolehkan
semak imbang berlangsung, adalah amat penting buat kepentingan negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Harapan saya agar agenda reformasi sentiasa menjadi
keutamaan kita dalam berkhidmat demi rakyat dan negara,” katanya seperti
dipetik Sinar Harian.
Nurul Izzah melepaskan jawatannya dalam jawatankuasa itu
pada 22 Mac lalu atas alasan ketidaksefahaman Pakatan Harapan (PH) mengenai
pemilihan kepimpinan PAC.
Gabungan itu sebelum ini berjanji agar pengerusi PAC
diketuai pemimpin pembangkang.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata
Pengerusi PAC, Ronald Kiandee yang menyertai Bersatu dari Umno tidak perlu
meletakkan jawatan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Nurul Izzah serta beberapa ahli PAC dari kalangan PH
kemudian menulis surat kepada kerajaan agar berpegang pada janji manifesto dan
menukar pengerusi PAC dari kalangan ahli parlimen pembangkang.
Pada 25 Mac lalu, giliran anggota parlimen BN dan PAS dalam
PAC berkata mereka akan meletak jawatan sebagai membantah keputusan kerajaan
mengekalkan Kiandee.
Selepas bantahan selama beberapa minggu, kerajaan akhirnya
memutuskan untuk mengadakan usul menggantikan Kiandee dengan anggota parlimen
pembangkang.
Anggota parlimen yang dijangka dilantik ke jawatan itu ialah
Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong).
Usul itu adalah perkara sembilan dalam Aturan Mesyuarat
Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Mesyuarat, usul itu akan dibentangkan Perdana
Menteri Dr Mahathir Mohamad sendiri. – Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel