Connect with us

Berita Lain

‘Land Swap’: Kementerian Pertahanan buat laporan kepada SPRM


KUALA LUMPUR — Kementerian Pertahanan telah membuat
dua laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung
pendedahan skandal ‘Land Swap’ membabitkan tanah-tanah milik kementerian itu.
Menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini, kementerian itu
mahu tindakan lanjut dan terperinci dilakukan bagi menyiasat perkara tersebut
susulan pendedahan 16 projek ‘Land Swap’ itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan
dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dibentangkan Menteri Pertahanan Mohamad
Sabu di Dewan Negara Khamis lepas memberi kesan besar kepada kementerian itu
khususnya kepada semua pihak yang terlibat dalam menguruskan projek ‘Land Swap’
agar sentiasa berhati-hati dan tidak terlibat dalam sebarang penyalahgunaan
kuasa serta rasuah sehingga menyebabkan kegagalan projek sekali gus merugikan
kerajaan.
“Kementerian Pertahanan mengambil serius berhubung penemuan,
teguran dan syor yang telah dikemukakan oleh jawatankuasa siasatan ini,”
menurut kenyataan itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam pada itu, kementerian memaklumkan pihaknya menyiarkan
laporan siasatan penuh kesemua 16 projek ‘Land Swap’ itu secara berperingkat di
portal rasmi kementerian bermula semalam hingga Jumaat ini.
Berdasarkan Laporan JKSTUPKK, siasatan mengenai projek ‘Land
Swap’ itu mendapati unsur-unsur kelemahan dan kecuaian dari segi tadbir urus
selain penglibatan anggota pentadbiran iaitu bekas perdana menteri dan bekas
menteri pertahanan dalam 13 daripada 16 projek ‘Land Swap’.
Menurut Laporan JKSTUPKK yang membuat siasatan dari Julai
hingga Disember 2018, kelemahan itu termasuk dalam perancangan dan perolehan
telah menyebabkan tujuan asal projek untuk meningkatkan kesiapsiagaan
ketenteraan negara tidak tercapai sepenuhnya. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel