Connect with us

Berita Lain

Pakar forensik buat demontrasi kukuhkan teori Adib dilanggar van bomba

Foto oleh Bernama

SHAH ALAM, 15 Mei 
Inkues menyiasat kematian Muhammad Adib Mohd Kassim hari ini melihat
demonstrasi insiden yang berkemungkinan berlaku terhadap anggota bomba itu
menggunakan sebuah van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dibawa
khas ke Mahkamah Shah Alam.
Van itu bagaimanapun bukan van sama dinaiki Allahyarham
ketika kejadian pada 27 Nov tahun lepas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Demonstrasi hampir setengah jam bermula pukul 10.30 pagi itu
dilakukan oleh saksi ke-24, pakar Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur
(HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi.
Demonstrasi berkenaan bertujuan mengukuhkan dapatan teori
saksi itu yang menjelaskan mengenai kecederaan patah tulang rusuk yang dialami
Muhammad Adib akibat dilanggar van EMRS ketika kejadian.
Koroner Rofiah Mohamad dan pihak-pihak berkepentingan dalam
inkues tersebut turut ditunjukkan demonstrasi van tersebut bergerak secara
mengundur seperti dapatan saksi itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Difahamkan kelajuan van EMRS tersebut mengundur adalah 17
km/j iaitu sama dengan situasi pada malam kejadian.
Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan
Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di
tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lepas
dan  menghembuskan nafas terakhir pada 17
Dis di Institut Jantung Negara.    Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel