Connect with us

Terkini

Latheefa Koya angkat sumpah sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM depan Agong

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke majlis mengangkat sumpah pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-14 di Istana Negara.

Loading…

Majlis angkat sumpah tersebut selaras dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 yang menyebut iaitu setiap Ketua Pesuruhjaya yang dilantik perlu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Latheefa yang juga peguam hak asasi manusia berumur 46 tahun itu merupakan lulusan sarjana muda undang-undang (LL.B)(Kepujian) dari University of London.

Pada 4 Jun lalu, Al-Sultan Abdullah telah memperkenankan pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi tempoh dua tahun mulai 1 Jun 2019 hingga 31 Mei 2021.

Advertisement

Turut hadir ke majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan juga pegawai-pegawai kanan SPRM yang lain. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel