Connect with us

Terkini

Bubar Umno? Muhyiddin serah pada ROS jalankan siasatan

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin hari ini ketika ditanya tentang laporan yang dibuat Pemuda PH susulan dakwaan Umno menerima dana berkaitan 1MDB memberitahu media bahawa beliau tidak akan masuk campur berhubung laporan terhadap Umno yang dibuat kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Muhyiddin berkata beliau akan menyerahkan perkara itu kepada agensi berkaitan.

“Kita serahkan kepada agensi dan jabatan berkaitan untuk menentukan kesan isu itu, jika benar, kepada sesebuah organisasi seperti parti politik.

Loading…

“Perkara sedikit di luar skop tugas saya, kerana ada ROS yang akan menjalankan siasatan.” kata Muhyiddin kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Advertisement

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata penting untuk ada alasan yang kukuh mengenai apa dipersoalkan oleh pihak tersebut.

“Apa yang penting, perlu ada alasan yang kukuh tentang apa yang diketengahkan pihak tertentu,” katanya lagi seperti dilapor Malaysiakini.

Sebelum ini dilaporkan Pemuda PH telah membuat laporan berhubung dakwaan Umno menerima dana berkaitan 1MDB.

SPRM pada Jumaat lalu mengumumkan akan menyita sejumlah RM270 juta dana daripada 41 pihak yang dikatakan menerima dana berkaitan dengan 1MDB termasuk RM212 juta yang akan dituntut daripada tujuh bahagian Umno negeri, dan bahagian Umno Pekan.

Melihat daripada senarai yang dikeluarkan SPRM itu, lapan bahagian Umno (termasuk dari wilayah persekutuan) didakwa terlibat iaitu dari negeri Selangor, Kedah, Johor, Sabah, Perak, Kelantan, Pahang dan Pekan (Pahang).

Advertisement

Baca: Tok Mat pelik macam mana nak pulang dana 1MDB bila akaun Umno dah kena beku

Ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya sebelum ini berkata sebahagian besar daripada wang itu iaitu sebanyak RM212 juta akan dituntut daripada Umno.

Umno yang kini dipimpin oleh Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berikrar untuk berdepan saman pelucutan hak itu di mahkamah.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel