Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) bagi mengekalkan kerajaan negeri sedia ada.
Mukhriz berkata, keputusan itu dicapai selepas semua parti bersetuju membentuk gabungan PH campur Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di peringkat negeri.
Katanya, keputusan itu juga sudah dipersembah kepada Sultan Kedah, Sultan Sallahuddin Badlishah pagi ini, yang memberi perkenan kerajaan negeri diteruskan seperti biasa di bawah kepimpinan beliau.
Mukhriz turut mengumumkan bahawa tiada rombakan barisan exco bagi kerajaan negeri Kedah.
Kedah mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan PAS mempunyai 15 kerusi, Bersatu (enam), PKR (tujuh), Amanah (empat), UMNO (dua) dan DAP (dua).