Connect with us

Pilihan Editor

41 pelajar tahfiz positif Covid-19 sudah sembuh dan dibenarkan pulang

Seramai 41 pesakit positif COVID-19 dalam kalangan pelajar tahfiz yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling sudah sembuh daripada jangkitan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pelajar Madrasah Miftahul Ulum, Seri Petaling itu sudah didiscaj dari Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), hari ini.

Katanya, sebelum ini mereka dikuarantin di Institut Sosial Malaysia (ISM) dan dimasukkan ke HCTM pada 2 April lalu.


Loading…

“Mereka adalah pelajar lelaki berusia antara 14 dan 29 tahun yang terdedah kepada COVID-19 sama ada ketika menghadiri perhimpunan di Masjid Seri Petaling pada awal Mac lalu dan persekitaran masjid selepas perhimpunan.

“Semuanya tidak mengalami sebarang simptom dan dua ujian swab saringan awal pada pertengahan Mac dan 24 Mac adalah negatif.

Advertisement

“Mereka dikuarantin di ISM dan pada 2 April, keputusan ujian swab ketiga yang diambil pada 30 Mac adalah positif COVID-19.

“Pelajar berkenaan seterusnya dimasukkan ke HCTM bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, rawatan di HCTM berjalan lancar dan hanya seorang daripada mereka mengalami simptom batuk pada 5 April dan diberikan rawatan hydrochloroquine.

Dr Noor Hisham memaklumkan, dari aspek perubatan, saringan untuk diagnosis dan rawatan awal amat penting bagi memastikan pesakit positif COVID-19 berpeluang sembuh sepenuhnya.

“Kumpulan pelajar ini adalah pesakit pada usia muda. Justeru, proses penyembuhan dan prognosis mereka lebih baik berbanding pesakit berusia atau yang menghidap penyakit kronik lain seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis.

“Bagaimanapun, mendapatkan rawatan di peringkat awal pada tahap satu sehingga tiga adalah amat penting.

Advertisement

“Daripada aspek kawalan COVID-19, proses kuarantin awal dan isolasi di wad bagi 41 pelajar ini selepas didapati positif adalah langkah yang amat penting,” katanya.

Beliau menjelaskan, dalam kes itu, semua pelajar berkenaan tidak mengalami simptom tetapi mampu menjangkiti dan menyebarkan COVID-19 kepada masyarakat sekeliling tanpa menyedari mereka dijangkiti.

Justeru, katanya, keperluan kepada proses pengesanan, kuarantin, isolasi dan rawatan awal ke atas pelajar berkenaan adalah langkah tepat bagi membantu proses penyembuhan, menyekat penyebaran serta memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. – BH Online

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel