Connect with us

Terkini

Penghantar makanan terkejut jumpa ganja dalam roti canai

Seorang pekerja penghantar makanan terkejut selepas bungkusan makanan yang dibawanya berisi peket dadah di Gombak, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada pengadu terbabit kira-kira jam 7 petang.

“Lelaki berusia lingkungan 30-an itu menyatakan dia menerima pesanan melalui aplikasi tempahan daripada seorang individu di Tropicana Petaling Jaya untuk menghantar bungkusan kepada penerima di Setapak, Kuala Lumpur.

Loading…

“Semasa berada di kawasan Gombak, pengadu telah membuka bungkusan itu kerana berasa tidak sedap hati. Setelah dibuka didapati dalam bungkusan roti canai itu terdapat dua peket plastik lut sinar disyaki dadah,” katanya.

Beliau berkata, bimbang sesuatu berlaku ke atas dirinya, pengadu kemudian telah tampil membuat laporan polis.

Katanya, siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek terlibat.

Advertisement

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952,” kata beliau.

Kelmarin kejadian terbabit tular di media sosial Facebook dengan paparan beberapa keping gambar termasuk gambar tempahan terbabit.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel