Connect with us

Jenayah

Mayat Wanita Disyaki Dibunuh Ditemukan Di Tepi Jalan

PAPAR — Mayat seorang wanita disyaki mati dibunuh telah ditemukan di tepi jalan di Kilometer 30, Jalan Papar-Beaufort, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Papar DSP Batholomew Ak Umpit berkata mayat mangsa ditemukan oleh seorang pemandu lori yang melalui jalan berkenaan pada jam 9.30 pagi sebelum melaporkan kepada pihak polis



Beliau berkata mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan hidungnya berdarah serta terdapat beberapa kesan luka pada tubuhnya.

“Berdasarkan siasatan pihak polis terdapat kesan tikaman pada bahagian rusuk belakang sebelah kiri pada badan mangsa,” katanya dalam kenyataan, di sini, malam ini.

Advertisement


Batholomew berkata mangsa dianggarkan berumur dalam lingkungan 30-an. Bagaimanapun, identiti mangsa belum dikenal pasti dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau mempunyai pertalian dengan mangsa diminta tampil ke Ibu Pejabat Daerah Papar untuk membantu siasatan.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel