Connect with us

Terkini

“Saya Menyesal Kerana Telah Menyusahkan Keluarga & Rakan-Rakan” – Ally Mukhriz Mohon Maaf Langgar PKPP

Anak Mukhriz Mahathir, Ally telah memohon maaf secara terbuka atas tindakan melanggar perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dan menyesali kejadian menimpanya.

Ally mengakui tindakan itu tidak bertanggungjawab kerana menyusahkan keluarga, rakan dan masyarakat.



“Sejujurnya saya menyesal. Bukan sahaja kerana saya cuai melanggar larangan pergerakan selepas tengah malam, malah bersikap tidak bertanggungjawab di kala kita semua sedang diancam pandemik.

“Saya kesal kerana kecuaian itu sudah menyusahkan keluarga dan rakan saya, serta anda sekalian. Benarlah saya bersalah dan anda patut berasa kecewa tetapi tidak sebesar kekecewaan dan kekesalan yang saya rasai ketika ini,” katanya.

Advertisement

Ally berkata, dia sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan menjadi teladan kepada masyarakat, namun menyedari usahanya itu masih belum memadai.


“Maka, saya mesti dan akan tingkatkan usaha untuk menjadi lebih baik. Saya harap suatu hari nanti, saya dapat membuktikan kepada anda semua, yang saya sudah berjaya,” katanya.

“Selama seminggu yang lalu, saya bermuhasabah mengenai akibat daripada tindakan saya, dan saya sangat menyesal. Melanggar had jam malam 12 malam bukan sahaja tidak cerdik di pihak saya, tetapi sama sekali tidak bertanggungjawab mengambil kira wabak yang sedang kita lalui.
“Saya sangat malu dengan apa yang saya lakukan terhadap keluarga saya, rakan-rakan saya dan anda semua.
“Tidak ada alasan apa pun (yang dapat mewajarkan) tindakan saya, dan anda berhak untuk kecewa, tetapi ia tidak melebihi kekecewaan yang saya tanggung untuk diri saya sendiri,” kata Ally yang juga cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Berkongsi cerita di malam kejadian, Ally, 25, berkata, dia dan suami, Ezran Daud Cheah berada di sebuah pusat hiburan, Salute untuk meraikan ulang tahun kelahiran sahabatnya.
“Semasa di Salute, sekitar pukul 1.30 pagi, polis memasuki premis dan kami ditahan kerana melanggar peraturan PKPP.
“Di balai polis, saya bersama 29 yang lain diambil keterangan. Kira-kira pukul 5.30 pagi, kesemua kami telah dikenakan denda RM1,000 seorang dan dibenarkan pulang.
“Setakat hari Selasa, 25 Ogos, kami suami isteri telah melunaskan denda yang telah dikenakan itu,” tulis Ally lagi.

Ally turut memberitahu, pegawai dan anggota polis yang mengendalikan kesnya itu sudah menjalankan tugas dengan baik, sopan dan adil terhadapnya dan menyanjung sikap profesionalisme ditunjukkan mereka.

“Saya sangat menghormati profesionalisme mereka,” kata Ally merakamkan penghargaan kepada pegawai polis bertugas.

Terdahulu, Mukhriz mengesahkan anak dan menantunya antara individu ditahan pihak berkuasa dalam serbuan di sebuah pub di Jalan Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur pada 21 Ogos lalu.

Bekas menteri besar Kedah itu berkata, beliau sendiri sudah memberi peringatan kepada seluruh anggota keluarganya, supaya sentiasa mematuhi PKPP dan turut menzahirkan rasa kecewanya terhadap tindakan anak dan menantunya itu.

Advertisement
“Saya sudah pesan kepada semua keluarga saya juga… musim PKPP ini, janganlah langgar (prosedur operasi standard) kerana kita mesti tunjuk contoh yang baik… dan itu sebabnya saya memang kecewa kerana pelanggaran tetap berlaku juga.
“Tetapi kita sudah beri teguran dan memang patut dia kena kompaun oleh pihak polis,” kata Mukhriz lagi

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel